Aug
25
Posted by:
Amin Idris Category:
Program Comments
0

Posing dulu sebelum ke udara untuk malam yang terakhir

Bersama kerja MTAQ. 3 dari kanan ialah Penerbit; Puan Saniah atau lebih mesra dengan panggilan Kak San

Gambar kenangan bersama rakan setugas, Ust. Iszam Padil

Bersama Qari Malaysia

Bersama Qari’ah Malaysia, Sharifah Khasif Fadzilah, Naib Johan Antarabangsa 2008

Bersama Qari’ah dari Brunei. Beliau mendapat tempat ke-3.
Selamat tinggal Terengganu…
Aug
24
Posted by:
Amin Idris Category:
Program Comments
0
Malam ini adalah malam terakhir sebelum Majlis Penutup Majlis Tilawah al-Qur’an Antarabangsa kali ke-50 (MTQA 50) malam esok. Dengan berlabuhnya tirai MTQA 50 malam esok, maka berakhirlah tugas saya sebagai pengacara di mini studio bersama Ust. Iszam Padil.

Back to business
Setibanya di KL, saya tak sabar untuk kembali bertugas. Program menanti ialah bersama pelajar SPM di SMK Seksyen 10 Kota Damansara pada 28 Ogos dan 29 hingga 31 Ogos ialah kem di Sg. Congkak yang akan menemukan semula antara RK Training dan adik-adik penuh potensi dari SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Kain Rentang semasa program kami bersama pelajar PMR SMK S10 Kota Damansara
Selain itu, pada bulan September… tak sabar juga untuk berprogram sekali lagi. Kali ini tempoh masanya sebulan dan saya pula sebagai peserta… Ahlan wa Sahlan Ramadhan al-Mubarak.
Aug
20
Posted by:
Amin Idris Category:
Motivasi Comments
1
Aaaarrgghhh!!!
Tengah tension sebab saya dapat merasakan semasa hari ketiga siaran langsung Majlis Tilawah al-Qur’an Antarabangsa semalam, saya gagal memberikan yang terbaik… nampak nervous… gelabah dsb.
Esok pagi, 3 perkara yang saya mesti buat;
1. Preview rakaman malam ketiga MTQA
2. Kenal pasti kelemahan.
3. Cari jalan terbaik untuk atasi kelemahan.
Ke’TENSION’an saya terubat sedikit bila teringat pada Sabda Nabi Muhammad dalam hadis sahih;
Setiap anak-anak Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesilapan ialah mereka yang bertaubat dari kesilapan mereka.
Nicola Ann David; pemain no. 1 skuasy dunia pun pernah buat silap dan kalah… Ok, sekarang yang penting ialah bangkit semula!
Aug
19
Posted by:
Amin Idris Category:
Program,
Skill-komunikasi Comments
1

Bergambar bersama Ust. Iszam, sebelum ke udara secara langsung
Hari pertama Majlis Tilawah al-Qur’an Antarabangsa (MTQA) sudah selesai. Ada sesuatu yang menarik berlaku semalam yang ingin saya kongsikan.
Duration untuk opening dari saya dan rakan setugas (Ust. Iszam) di mini studio pada asalnya ialah 3 minit sahaja. Tetapi kerana menunggu ketibaan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, masa terheret sampai ke 30 minit!
Tip 1: Bila buat persiapan, jangan terlalu bergantung pada skrip kerana ada bahaya akan berlaku iaitu kekeringan modal sedangkan masa masih panjang. Sentiasa buat rehearsal.
Tip 2: Buat persiapan back-up iaitu fakta-fakta tambahan sekiranya fakta dan skrip yang sedia ada tidak mencukupi.
Tip 3: Jangan gelisah, sentiasa senyum agar tidak menampakkan kegelisahan kerana menunggu masa yang terheret-heret.
Tip 4: Jangan lupa tip 1. Bila ada persiapan mencukupi, ketakutan dan kekalutan dapat diatasi!
Ok then… nak makan malam jap kemudian terus ke set penggambaran. Adios dan Assalamu’alaikum!
Aug
17
Posted by:
Amin Idris Category:
Program Comments
0

Astaka @ Pentas Utama di mana para Qari dan Qari’ah memperdengarkan bacaan

Ini pula Mini Studio

Hehehe… Yang ini pula salah seorang Pengacara Majlis Tilawah Antarabangsa 2008 bermula 16 hingga 25 Ogos 2008 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Aug
16
Posted by:
Amin Idris Category:
Skill-komunikasi Comments
0
.jpg)
- Kehadiran orang yang tidak sepatutnya. Mereka yang hadir tidak mempunyai kuasa atau autoriti untuk membuat keputusan yang diperlukan. Ataupun orang yang sepatutnya tidak hadir, pengganti dihantar pada saat akhir dan dia tidak tahu menahu apa-apa serta gagal memikul tanggungjawab di dalam melaksanakan keputusan mesyuarat.
- Kawalan yang lemah. Prosedur mesyuarat tidak jelas, pengurusan masa yang berjela-jela, perbincangan melompat-lompat, bercampur-baur dari satu perkara ke perkara yang lain, timbul agenda tersembunyi, apabila timbul konflik, ia tidak dirus dengan bijaksana. Biasanya masalah ini berpunca dari kelemahan pengerusi. Pengerusi yang dictator juga hanya akan bersifat menekan dan merosakkan mesyuarat.
- Suasana tidak kondusif. Kelengkapan yang serba kekurangan, terdapat gangguan luar seperti bising yang melampau akhirnya mengakibatkan kemusnahan konsentrasi.
- Kesilapan masa mesyuarat. Iaitu kesilapan masa mungkin pada hari, minggu, bulan atau tahun. Mesyuarat lewat dan gagal dilaksanakan tepat pada waktu yang dirancang, ahli mesyuarat hadir lewat dan keluar awal.
- Tempat yang tidak selesa. Tempat atau venue mesyuarat tidak sesuai dan tidak selesa. Tempat kotor, bau busuk dan tidak selesa. Akibatnya, ahli mesyuarat hilang focus dan tidak memikirkan perkara lain kecuali memikirkan bila mesyuarat akan tamat.
Kesimpulan
Mesyuarat tidak akan berjaya seperti silap mata. Anda mesti ada kemahuan untuk mengubah dan bersedia untuk melakukan sesuatu untuk mencapainya. Anda perlu meyakinkan orang lain bahawa mereka juga mesti melakukan demikian.
Aug
13
Posted by:
Amin Idris Category:
Skill-komunikasi Comments
1

Perhatikan objektif anda. Nilai semula berdasarkan senarai berikut:
- Adakah mesyuarat tersebut diperlukan untuk mencapainya?
- Adakah objektif mesyuarat jelas?
- Adakah anda jelas apakah masalah yang hendak diselesaikan?
- Adakah masalah itu berupa cabaran atau halangan?
- Adakah anda melakukan sesuatu untuk mengekalkan focus ahli mesyuarat (agenda, carta, papan putih dsb)?
- Adakah ia merupakan masa terbaik melakukan mesyuarat?
Jangan pula anda terjerat dalam mana-mana senarai di bawah…
- Mesyuarat tidak diperlukan. Mungkin sesuatu tugas itu dapat dilakukan dengan mudah, biasa dan tidak menyusahkan. Mungkin ia hanya seperti amalan rutin dan tidak memerlukan perbincangan atau anda hanya perlu bertukar maklmat dengan surat, sms, email ataupun telefon. Mungkin anda hanya perlu meibatkan 2 orang sahaja atau sesuatu masalah hanya perlu dirujuk pada seseorang pakar. Atau mungkin anda tidak perlu melakukan apa-apa. Paling penting, anda yang menilainya dan nilailah secara bijak!
- Mesyuarat diadakan kerana tujuan yang salah. Adakalanya pemimpin mengadakan mesyuarat sekadar untuk meluluskan sesuatu tindakan (rubber stamp). Ada juga yang sekadar untuk mengisi masa lapang (mungkin kerana tiada kerja lain untuk dilakukan), ataupun kerana tebiat suka bermesyuarat. Contoh-contoh demikian adalah mesyuarat yang tidak bertujuan sekaligus tidak akan mencapai mesyuarat yang efektif.
- Objektif mesyuarat tidak jelas. Tiada siapa di kalangan anggota mesyuarat bertanya mengapa mesyuarat diadakan. Tiada yang mengetahui mengapa mesyuarat diadakan, mereka tidak menerima atau terbaca apa-apa notis mengapa mesyuarat diadakan. Agenda mesyuarat kabur, tidak mebantu malah tidak wujud!
- Tiada agenda. Lebih ‘menakutkan apabila mesyuarat diadakan tanpa sebarang agenda. Pengerusi hanya berbual kosong berbincang itu dan ini. Diselangi pula dengan gelak ketawa tanpa arah tujuan. Mesyuarat menjadi tempat berbual kosong.
(Bersambung)
Aug
11
Posted by:
Amin Idris Category:
Motivasi,
Program Comments
0
Sehingga hari ini, masih ada kira-kira 28 hari lagi untuk pelajar-pelajar tahun 6 seluruh Malaysia menghadapi UPSR.
Semalam, saya di Masjid al-Hasanah untuk bersama kira-kira 40 orang pelajar tahun 6 dari pelbagai sekolah sekitar Bangi. Antara sebab mengapa saya cukup gembira dengan ‘kerja’ saya sekarang ialah dapat bersama kanak-kanak dan remaja-remaja yang cukup energetik.

Selain berkongsi pengalaman, saya juga dapat belajar banyak perkara dari mereka. Antaranya ialah kepentingan memahami jiwa dan kehendak anak muda yang semmeangnya mahu didekati cuma mereka memerlukan cara dan pendekatan yang sesuai dengan mereka.
Walaupun mesej yang hendak disampaikan adalah betul, tetapi jika caranya ‘kurang’ betul… memang cukup sukar untuk memahami jiwa remaja dan kanak-kanak hari ini. Kita tidak boleh menyamakan 100% situasi kita di zaman remaja dulu dengan remaja sekarang.
Jika dulu kita dihiburkan dengan lompat tali, congkak, buat helikopter dengan buah getah, permainan video Micro Genius, menonton kartun 80an seperti Voltron, Mask, Thundercats, Transformers, Silverhawk dsb… Kini mereka didedahkan dengan hiburan berbeza seperti PS2, gajet-gajet yang terlalu canggih, myspace, friendster, jalan cerita kartun yang lebih comlicated dan teramat sedikit pengajaran moral.
Dalam erti kata lain, kita para dewasa perlu belajar untuk memahami ‘dunia’ para remaja dan kanak-kanak dalam mendidik mereka.
Letakkan diri kita ke dalam kasut mereka… tetapi jangan lupa untuk membuka kasut kita terlebih dahulu
Kesimpulannya;
Untuk calon UPSR… dalam masa yang cukup singkat menjelang UPSR, buatlah tindakan yang betul pada setiap saat, minit, jam, hari, minggu dan bulan agar ia tidak berlalu dengan sia-sia.
Untuk para dewasa, perlulah kita memahami para remaja dan kanak-kanak agar dapat melakukan tindakan yang betul ke arah membantu mereka.
Aug
7
Posted by:
Amin Idris Category:
Motivasi Comments
2

Apakah kayu ukur sebenar kejayaan seorang graduan universiti? Adakah dengan hanya memperoleh segulung ijazah? Mentaliti majoriti ialah CGPA atau pointer 3.5 ke atas. Soalnya, adakah mereka yang 3.5 ke bawah benar-benar GAGAL? Dan adakah mereka yang 3.5 ke atas benar-benar BERJAYA?
Tahap pelajar di universiti bukanlah seperti di sekolah iaitu segala urusan kita diatur dan disusun. Bila hari Ahad (Kelantan, Terangganu dll) atau Isnin, semua pelajar di kehendaki beratur untuk perhimpunan mingguan. Kerja pelajar ialah ke sekolah dan belajar.
Kemudian ‘memuntahkannya’ semula dalam peperiksaan. Mereka yang paling banyak ‘A’, maka merekalah yang berjaya.
Universiti? Apa bezanya belajar di universiti jika kenyataan di atas sama dengan apa yang berlaku di universiti. Jadi, saya cukup tertarik dengan satu entri dari seorang sahabat yang seorang trainer yang sedang meningkat naik; Tuan Osman Affan. Di bawah saya paparkan entri beliau bertajuk
‘7 Tanda Anda akan Gagal di Universiti’
Kali ini mesej tulisan saya mungkin agak berbeza. Saya sebenarnya tidak berapa suka bercerita tentang perkara dalam bentuk negatif kerana ia akan mempengaruhi cara saya berfikir nanti. Namun, kali ini cara bercerita begini adalah perlu memandangkan beberapa situasi yang saya kerap lihat di universiti.
Sejak tahun 2005, saya sudah aktif menjalankan program-program motivasi dan teknik belajar di peringkat universiti. Apa yang saya lihat ialah memang ada pelajar yang tergolong dalam pelajar yang berdisiplin, cemerlang dan bercita-cita tinggi. Namun realitinya, lebih ramai lagi sebenarnya pelajar di universiti yang berfikiran negatif, malas, tidak ada cita-cita, terlalu selesa, tidak yakin diri, tidak mahu mencuba, lemah semangat, takut gagal dan sebagainya lagi.
Situasi ini semua menimbulkan rasa bimbang dan tidak senang dalam hati saya. Generasi pelajar di universiti sekarang ini adalah generasi yang akan membentuk dan memimpin negara kita dalam 10 hingga 20 tahun akan datang, generasi yang bakal memimpin anak-anak saya. Tetapi layakkah mereka menerajui negara jika majoritinya masih sukar untuk bangun pagi jika tidak dikejut atau dipaksa? Layakkah mereka jika bila lihat buku tebal sedikit pun sudah lemah semangat? Lebih membimbangkan lagi, layakkah mereka jika mereka diberi cabaran lalu mengalah, menarik diri dan langsung tidak mahu mencuba?
Telah beberapa hari saya duduk seorang diri mengkaji semula semua pengalaman dan situasi yang saya temui ketika berhadapan dengan pelajar di universiti. Setelah saya senaraikan semua masalah yang pernah saya temui, saya senaraikan 7 tanda-tanda seseorang pelajar mungkin GAGAL di universiti.
GAGAL bukan hanya bermaksud gagal mendapat segulung ijazah. Jika anda ada tanda-tanda ini, anda mungkin masih boleh hadiri hari graduasi tetapi anda
* Gagal menjadi orang berilmu.
* Gagal menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi.
* Gagal menjadi seorang yang berkarisma dan boleh dihormati.
* Gagal menyerlah.
* Gagal memenuhi potensi sebenar diri sendiri.
* Gagal mencapai cita-cita sebenar.
* Gagal mencapai kejayaan dan kebahagiaan yang pernah diimpikan.
* Gagal mengejar kekayaan.
* Gagal dalam memenuhi impian dan harapan ibu bapa.
* Gagal menjadi contoh yang baik kepada orang-orang disekeliling.
Senarai kegagalan itu tidak akan habis agaknya jika difikirkan berterusan.
Jika anda sakit dan pergi berjumpa doktor, tentu doktor akan cuba mencari tanda-tanda atau simptom penyakit yang anda ada. Jika anda ada beberapa tanda sekaligus untuk penyakit demam denggi contohnya, sudah hampir pasti anda sedang mengidap penyakit tersebut.
Sama seperti tanda-tanda yang bakal saya kongsikan ini. Jika anda ada lebih daripada 2 atau 3 anda, lebih anda lakukan sesuatu. Jika tidak, tentu orang lain akan dapat meneka apakah kesudahan anda di universiti iaitu……. GAGAL!
Sumber: www.motivasibelajar.com

Aug
6
Posted by:
Amin Idris Category:
Program Comments
0
Tersebutlah kisah seorang insan bernama Nair Japri. Suatu ketika dahulu mempunyai band muziknya sendiri. Beliau sezaman dengan Amy Search dan Awie Wings. Sebelum Fauzi Marzuki, beliau merupakan Guru Vokal kepada Fauziah Latiff.
Kini Tuan Nasir merupakan Pengerusi PIBG kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar. Seorang yang bekerja sendiri dan berazam untuk memberi sumbangan sebanyak mungkin kepada Islam dan masyrakat.

Salah satu ’strateginya’ ialah membina pelajar-pelajar di sekolah melalui program-program bina insan di sekolah. Prinsip beliau ialah;
Tentang duit saya tak berkira, yang paling penting ialah budak-budak diberikan program-program berkualiti dan saya sedia untuk meluluskan bajet untuk membayar program sebegitu.
Contohnya, pada bulan Jun, Tuan Nasir selaku PIBG telah meluluskan bajet sebanyak RM4820 untuk Seminar Sehari UPSR.
Saya terkasima sejenak kerana pertama, walaupun ini adalah sekolah kampung tapi mereka cukup berjiwa besar. Kedua, saya semakin yakin, untuk memperolehi hasil yang LEBIH, mustahil untuk kita peroleh jika tidak mahu melalukan usaha yang LEBIH. Ketiga, syukur kerana hidayah Allah pada insan bernama Nasir Sapri.