TAMRIN SHARPEN THE SAW
Wednesday, June 16th, 2010
Memang mudah untuk menjadi perunding latihan dan motivasi di Malaysia. Tidak ada undang-undang yang menggariskan syarat-syarat khas dan ketat untuk menjadi perunding latihan dan motivasi. Sebab itu ramai yang berkeinginan menjadi perunding latihan dan motivasi. Namun tidak kurang juga yang berhenti kerana tidak tahan dengan cabaran pasaran, cabaran pesaing dan tidak ada pendapatan tetap seperti guru, pegawai bank, peguam, doktor, jurutera dsb.
Untuk terus laku, seorang perunding latihan dan motivasi perlu tahu apa yang patut mereka persiapkan diri, apa yang patut mereka terus miliki, terus lakukan secara konsisten dan apa yang mereka tidak boleh lakukan dan perlu tinggalkan.
TAMRIN atau Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia akan mengadakan program pertama di bawah projek TAMRIN Sharpen the Saw bagi tujuan membantu para trainer Muslim meningkatkan kemahiran dan kompetensi penyampaian sekaligus meningkatkan perjalanan bisnes training.
Program pertama TAMRIN STS adalah
- Pada 27 Jun 2010
- Jam 10 pagi hingga 1 tengahari
- Di Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata
- Tajuk ‘Check List for Professional Trainer’
- Disampaikan oleh Puan Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan PTS
- Yuran hanya RM20 sahaja. (Terlalu murah kerana pulangannya terlalu banyak! Dengan izin Allah)
Tempat adalah terhad! Daftar sekarang. Klik DI SINI
Tajuk-Tajuk Modul & Nama Trainer Pengendali
Profail Trianer












