Modul Latihan

Layari www.AminIdris.com.my



PRINSIP 1. Semua orang adalah kawan. Tiada musuh, walaupun musuh sekalipun.
Seringkali kita terperangkap dengan prinsip bahawa untuk menang, kita mesti mengalahkan orang lain. Untuk hebat, kita mesti menjadikan orang lain kurang hebat. Untuk berjaya, perlu lebih dahulu menyekat orang lain untuk berjaya lantas kegagalan orang lain menjadikan kita berjaya, untuk jadi pengaruh maka perlu terlebih dahulu jadikan orang lain kurang berpengaruh dan mudah dimanipulasi. Sikap sebegini hanya akan menghasilkan permusuhan dan seteru. Pengaruh sebegini tidak kekal lama. Pegaruh yang berdasarkan kepada Magnet Diri ialah untuk menang, kita mesti pastikan orang di keliling kita juga menang, untuk berjaya kita mesti bantu orang untuk berjaya. Untuk jadi berpengaruh, Magnet Diri memastikan orang lain juga berpengaruh.
PRINSIP 2. Setiap orang adalah unik, maka saya perlu menerokai dan berusaha untuk menghargainya.
Rentetan daripada itu, Magnet Diri tidak membenarkan seseorang memandang rendah atau memperlekeh sesama manusia. Individu Magnet Diri sangat menghargai setiap perbezaan manusia. Perbezaan tidak dilihat sebagai masalah atau punca kelemahan. Sebalik perbezaan dilihat sebagai kekuatan yang boleh dibentuk dan menghasilkan momentum yang luar biasa dalam kehidupan. Perbezaan itu adalah keunikan yang mesti diberikan keutamaan, focus dan dihargai dengan segala cara di setiap masa, di mana sahaja.
PRINSP 3. Setiap orang suka diterima, diiktiraf, dan dirasai kewujudannya.
Tidak ada siapa pun di dunia ini yang suka hidup terpinggir. Manusia dicipta untuk saling memerlukan dan saling lengkap melengkapi. Manusia saling bergantung sesama sendiri untuk menjadikan hidup lebih bermakna. Sudah pasti manusia amat kecewa dan hampa jika kewujudannya dipinggirkan dan dipulau oleh masyarakat. Magnet Diri sangat menekankan agar manusia menghargai sesama manusia dengan bukti iaitu membuat mereka rasa diterima, diiktiraf dan dirasai kewujudan manusia yang lain.

Untuk butiran lanjut, layari www.Magnetdiri.com
Juga terdapat modul latihan Program Perkembangan Staff untuk guru-guru sekolah

Untuk butiran lanjut, layari www.AminIdris.com.my





March 2nd, 2009 at 7:43 am
[...] Modul Latihan [...]
November 21st, 2009 at 4:16 am
Berapa kos yang paling murah untuk smeua program ini. terima kasih.
November 21st, 2009 at 4:51 am
Pohon alamat emaul Tuan Hazen untuk saya emailkan kos yg dipohon.
December 2nd, 2009 at 9:49 pm
saya ingin membuat program motivasi bagi pasukan pemasaran saya. Untuk itu saya ingin mengetahui:
1. Apa modul yang ada bagi program pasukan magnetik?
2. Berapa sebut harga untuk program ini?
February 21st, 2010 at 9:38 pm
saya suka mengikuti program motivasi-magnetik untuk kerja sebagai marketing (business Dev Executive di Bidang IT…)
saya isteri dan ibu kepada 3 orang anak – 9 tahun dan kembar 5 tahun dan semuanya bersekolah.
saya inginkan kecemerlangan sebagai hamba allah,umat rasullullah,isteri solehah,ibu mithali dan pekerja (ceo) yg dedikasi,cemerlang,terunggul,berpengaruh,disayangi ramai,kaya,cantik…
saya sekarang tengah baca buku tuan – Magnet Diri ..
ASungguh luar biasa tetapi saya mahu lebih praktical untuk jadikan amalan seharian saya…
Terima Kasih…