AMIN IDRIS DI TV AL-HIJRAH

Syukur kepada Allah kerana saya diberi peluang untuk muncul di dalam rancangan untuk sebuah stesyen tv baru yang dinamakan Tv al-Hijrah. Tv ini sudah pun dipancarkan untuk peringkat percubaan, justeru rancangan mereka bermula jam 12 tengahari hingga 12 tengah malam setiap hari. Dijangka pada pertengahan bulan Disember nanti ianya akan muncul dalam salah satu saluran Astro.

Salah satu rancangan yang memberi peluang untuk saya muncul ialah Muhasabah Diri.

Sebuah program motivasi yang menginsafkan dikendalikan oleh ustaz dan perunding motivasi berpengalaman. Mengajak penonton melakukan muhasabah terhadap diri bertujuan mengislah diri dan membetulkan akhlak di dunia agar hati tenteram dan tidak menyeleweng dari ketetapan Allah SWT dan sentiasa mematuhi arahan dan laranganNya.

Akan ada lagi beberapa rancangan menarik termasuk rancangan yang melibatkan saya… nantikan! Tunggu!!!

3 Responses to “AMIN IDRIS DI TV AL-HIJRAH”

  1. Azlan Says:

    Assalamualaikum Sheikh, Kaifahaluk?
    Pertama sekali terima kasih sy ucpkan atas nasihat yg Sheikh Amin sampaikan..sngt2 memberi kesan.
    Saya Doakan Semoga Saudara Amin dan Keluarga sihat senentiasa,Ameen.

    Sy mengikuti rancangan Muhasabah Diri di TV AlHijrah, tajuk Titian Sirat yg Saudara Amin smpaikn mlm itu sngt berkesan dan dlm maknanya.. TERPAKSA sy sangat-sangat tertarik dgn term tu..

    Pagi tu pulak sy cuba berkongsi dgn kwn sekerja sy, tetapi beliau kurang bersetujulah dgn pasal TERPAKSA tu, katanya ia itu adalah fitrah kita sebagai manusia dan bunyi nya semacam kita x di beri pilihan dan semuanya terpaksa. Katanya lagi takut org slh memahamkannya..

    Sy faham msj yg Saudara Amin cuba kongsikan tu, bolehkah saudara Amin huraikan dgn lbh terperinci agar msj yg padat nie dpt di kongsikan dgn yang lainnya InsyaALLAH..

    1 lagi macam mana blh sy hubungi Saudara Amin, email address? Byk benda yg sy nk belajar dari Saudara Amin. Mudah mudahan..Terima Kasih byk2.

    Assalamualaikum.

  2. Muhamad hanizam bin Hj manan Says:

    Asalamualaikum saya nak minta encik beri saya doa untuk setiap pagi sebagaimana dalam rancangan tv al-hijrah

  3. Hawa Abdul Rahim Says:

    Salam wbt
    Sdr Amin,
    Saya seronok dengan “Magnet Diri” pagi ini, Surah Hud & Surah Nuh.
    Cuma Sdr Amin tidak lafaz ta’awuz apabila mula bca ayat Surah Hud tadi.
    Ke sy terlepas dengar kot? Biasanya d Tv ada ta’awuz walaupun pendek ayatnya.
    Sekadar observation; no offence :)
    Salam wbt.

Leave a Reply