MAPS NATIONAL CONVENTION 2010 & MOTIVATOR SEGERA
Konvensyen Kebangsaan Malaysian Association of Professional Speakers sudah pun melabuhkan tirai. Konvensyen tahunan ini bermula 10 Mei diisi dengan pelbagai tajuk ceramah dan bengkel yang banyak membantu karier sebagai seorang speaker dan juga trainer.
Antara yang menarik ialah tajuk ‘Aspiring to be a Speaking Star’ oleh Presiden National Speakers Association; Phillip Van Hooser, ‘From $0 to $100,000 in 354 days’ oleh Presiden Global Speakers Federation; Lindsay Adams, ‘Exploring yourself for Victory – Media & Marketting for Speakers, Trainers & Coaches’ oleh Tim Wade; Presiden Asia Professional Speakers Singapore, ‘Staying Relevant with Creativity, Innovation & Branding’ oleh Puan Juniwati Rahmat Hussin, Naib Presiden Jabatan Pendidikan Petronas dan banyak lagi.
Menjadi trainer memang mudah tapi bukan mudah.
Lebih 1/3 daripada peserta adalah mereka yang baru bermula untuk menjadi trainer dan speaker. Satu perkara yang menarik ialah mereka tidak berkira untuk membayar yuran konvensyen ini sebanyak RM 988 kerana bagi mereka, untuk menjadi trainer yang berkualiti memerlukan latihan dan pendedahan yang berkualiti. Dalam erti kata lain, bukan hanya pandai berceramah semata-mata maka terus menjadi justifikasi untuk menjadi trainer. Sebaliknya mereka sedia berhabis wang untuk memperoleh hasil yang berlipat kali ganda.
Memang bukan susah untuk menjadi motivation speaker dan juga trainer. Ramai yang beranggapan jika pandai berkata-kata dan mengendalikan slot ceramah sehingga 3 jam tanpa henti, maka terus daftar syarikat di SSM untuk menjalankan bisnes latihan dan motivasi. Maka lahirlah motivator segera. Memang mudah. Tidak ada akta yang menetapkan syarat minimum untuk menjadi seorang trainer.
Tapi bukan mudah juga untuk kekal relevan kerana;
- Saingan dari syarikat konsultan yang sudah establish sangat mencabar
- Syarikat konsultan yang semakin banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
Kedua-dua cabaran di atas bukan mudah untuk diharungi. Tetapi ada caranya iaitu kualiti. Semakin berkualiti mutu penyampaian, modul, pengurusan syarikat dan penjenamaan sesebuah syarikat konsultan itu, maka semakin besar peluang untuk terus kekal kukuh dan tidak mustahil boleh laku sehingga di peringkat antarabangsa!
Rajin-rajinlah mencari peluang untk menjadi PESERTA dalam apa jua program, bengkel, seminar yang menajamkan kemahiran sebagai trainer. Rajin-rajinlah berkenalan dan belajar dari tokoh-tokoh trainer yang berpengalaman.
Buat rakan-rakan trainer, ayuh ‘pertajamkan mata gergaji’!
Bersama Lindsay Adam, Presiden Global Speakers Federation
Bersama Philip Van Hooser, Presiden National Speakers Association USA






