KAGUM DENGAN PELAJAR ISLAM DI SMK ST. JOHN
Semalam (20 April 2010) adalah buat pertama kali saya menjejakkan kaki ke SMK Saint John untuk memenuhi undang ceramah sempena Minggu Pendidikan Islam. Ulang suara, ‘Minggu Pendidikan Islam’. Jumlah pelajar di sekolah ini kira-kira 1200 orang dan hanya 1/3 daripada jumlah tersebut merupakan pelajar Muslim merangkumi semua tingkatan.
Perkara pertama yang saya kagumi ialah betapa pihak sekolah yang dipimpin oleh Pengetua beragama Krtistian memberi kebebasan mengadakan program Pendidikan Islam. Malah, bajet untuk program cukup mudah termasuk untuk penceramah. Hehe
Bukan itu yang ingin saya fokus sebenarnya tetapi terkadang terasa sedikit tersinggung kerana di sekolah yang dipimpin oleh Pengetua / Guru Besar Muslim sekalipun, mereka cukup skeptikal dan ‘tangkai jering’ untuk meluluskaan bajet bagi program bersifat pembangunan insan. Pelbagai alasan diberikan untuk ‘tidak meluluskan’ program khususnya alasan ‘tidak ada bajet’. Sampai bila hendak ‘bermentaliti mangsa’ dan mengikut jejak langkah ‘Bangau oh Bangau’?
Saya cuba bersangka baik dengan memikirkan mungkin terlalu banyak program dan projek lain yang memerlukan bajet, akhirnya program pembangunan pelajar terpaksa diletakkan prioriti yang tidak utama.
P.S: Terharu dengan amalan pelajar-pelajar yang semuanya lelaki membaca doa sebelum majlis dan doa penutup bila tamat majlis. Good job boys! Keep it up!






April 30th, 2010 at 10:55 pm
Teringat Minggu Penghayatan Islam (MPI) sewaktu zaman sekolah2 dulu
Sekolah menengah adalah antara fasa hidup yang genting dlm kehidupan. Apa yang dilalui ketika itu, akan mencorakkan kehidupan selepas dari itu.
Mengenangkan kembali saat-saat itu, saya sangat bersyukur, alhamduliLLAH.
Dan saya tidak akan lupa asal-usul tarbiah saya, insyaALLAH.
May 17th, 2010 at 5:24 am
Saya dulu hampir2 bersekolah di St John, tetapi memasuki Sekolah Menengah Maxwell akhirnya (1989 – 1994)