PROGRAM TEAM BUILDING UNTUK USAHAWAN MARA WILAYAH PERSEKUTUAN

Pada 23 hingga 24 Februari 2010 yang lalu, AITC dijemput oleh Pembangunan Usahawan MARA (PUSMA) Wilayah Persekutuan untuk mengendalikan kursus 2 hari pembinaan pasukan di kalangan usahawan MARA bertempat di Nur Lembah Pangsung, Hulu Langat, Selangor.

Selain acara dewan seperti ceramah dan bengkel modul berpasukan, aktiviti-aktiviti luar juga dilaksanakan seperti flying fox dan naik rakit.

Banyak nilai-nilai telah diterapkan melalui modul-modul AITC seperti Menetapkan Wawasan Pasukan, Urus Pasukan secara Strategik, Kepentingan Kepercayaan dan Dipercayai, Kemahiran Interpersonal dalam Pasukan, Mengurus Perubahan dll.

Terima kasih khasnya buat PUSMA Wilayah Persekutuan. Terima Kasih buat Tuan Zulkarnain, Puan Wan Munirah (moga baby dalam kandungan sihat sokmo :) ), Puan Azizah dan semua urusetia MARA yang membantu menjayakan program.

Apa yang penting? … KERJASAMA!!! :)

2 Responses to “PROGRAM TEAM BUILDING UNTUK USAHAWAN MARA WILAYAH PERSEKUTUAN”

  1. Wan Munirah Says:

    Salam..

    Dear Mr. Amin,

    Yes, i do agree with you. TEAMWORK is an important factor in teambuilding :) You did a great job! Thank you.

  2. noraiashah binti md.said Says:

    saya dgn ini berharap sangat-sangat pihak mara akan dapat memberi kan saya peluang mengikuti kursus usahawan mara ..

Leave a Reply