SEKITAR BICARA SELEBRITI DI KB MALL
Semalam 14 Februari saya berada di Kota Bharu untuk memenuhi jemputan sebagai moderator Forum Bicara Selebriti anjuran Kerajaan Negeri Kelantan sempenan sambuta Hari Hiburan Islam Kelantan. Panelis yang dijemput semuanya hebat-hebat belaka.
Wardina Safiya; individu yang menjadi pioneer kepada artis memakai tudung. Sejak beliau memakai tudung, pemakaian tudung bukan lagi sesuatu yang asing di kalangan artis. Malah, cabaran ketika mula-mula memakai tudung, beliau dipinggirkan dari rancangan Spanarjaya. Tetapi selepas itu, beliau diambil sebagai model shampoo. Buat pertama kali dalam sejarah DUNIA, produk shampoo menggunakan model bertudung. NAtijahnya, jualan shampoo tersebut MELETUP!!!
Kata-kata Magnetik dari Wardina: “Orang yang kukuh pendirian memakai tudung ialah mereka yang tahu kenapa mereka pakai tudung. Meraka tahu ayat mana di dalam al-Qur’an yang memerintahkan wanita Muslim memakai tudung. Bukan hanya kerana trend semata-mata.”
Farah Adeeba: antara selebriti yang popular bukan kerana berpakaian seksi tetapi kerana imej bertudung dan dianggap sebagai ‘celebrity with brain’ kerana pada masa yang sama seorang peguam. Beliau memiliki firma guaman sendiri.
Kata-kata Magnetik dari Farah Adeeba: “Pelajarilah ilmu khususnya Bahasa Inggeris agar mesej dakwah bukan hanya sampai kepada mereka yang sudah sedar, tetapi kepada mereka yang bebar-benar dahagakan mesej Islam.“
Habiburrahman el-Shirazy: Seorang tokoh novelis Islamik. Antara novelnya yang meletup ialah Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Kedua-dua novel ini ‘difilemkan’ dan mencapai tahap ‘blockbuster’! Di Indonesia, lebih 5.8 juta rakyat Indonesia menonton filem Ketika Cinta Bertasbih! Siapa kata filem Islamik tidak boleh popular? Habiburrahman berjaya menampilkan hiburan alternatif yang bisa membangun dan mendidik jiwa.
Kata-kata Magnetik dari Ust. Habiburrahman: “Buat pertama kali dalam sejarah perfileman dunia apabila diadakan audisi (audition), syarat nombor 1 untuk sesiapa yang berminat ialah ‘mesti mahir membaca al-Qur’an!”
Terima kasih buat kerajaan Negeri Kelantan khasnya buat Tuan Saifudian dan tuan Riduan kerana layanan 1st class sepanjang saya di Kota Bharu. Terima kasih Ust. Habiburrahman atas pemberian 2 novel tulisannya, tahniah buat Kak Wardina dan Kak Farah kerana menginspirasikan rakyat Kelantan.










February 16th, 2010 at 3:00 am
Terima kasih ya Akhi!… moderator yang cukup ajaib (pinjam kata2 Prof Abu Hassan)
February 23rd, 2010 at 11:10 pm
Bukan Saifudian, tapi Saifudin, typing error tu
February 26th, 2010 at 12:20 am
kagum saya ngan insan bernama Amin Idris