MENGUASAI BAHASA JUGA MEMERLUKAN LATIHAN
Untuk seseorang menjadi pakar atau sekurangnya mahir dalam satu perkara, mereka perlu melalui proses-proses tertentu. Antara proses paling penting ialah LATIHAN. Kali pertama saya pulang ke Kelantan semada berusia 4 tahun setelah 3 tahun tinggal di Sarawak, amat susah untuk saya bercakap Bahasa Malaysia apatah lagi loghat Kelantan.
Pernah beberapa kali saya ditertawakan rakan-rakan kerana loghat Kelantan saya terlalu teruk dan sedikit bermasalah berkomunikasi dengan Allahyarhamah nenek kerana loghat Kelantannya terlalu pekat sehingga terkadang saya tidask faham langsung apa yang dicakapnya!
Namun, bila cuba, cuba dan cuba… saya cuba juga membiasakan diri bercakap loghat Kelantan, akhirnya saya dapat menguasainya malah susah untuk membuangnya ketika berucap di majlis-majlis rasmi semasa memimpin persatuan pelajar matrikulasi UIA pada tahun 2000.
Itulah namanya latihan! Cuba, cuba dan cuba adalah proses latihan. Latihan membawa kesempurnaan.
Antara penekanan saya semasa mengendalikan program training kepada 319 pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi ialah kepentingan latihan yang sistematik agar pengalaman dapat bertukar menjadi satu tabiat baru yang lebih baik.
Salam kejayaan buat semua siswa-siswi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi!





