SYUKUR…

Semasa di semester akhir sebagai mahasiswa undang-undang di sebuah IPTA tempatan, antara keputusan yang sedikit sukar untuk dibuat ialah samada menjadi peguam atau terlibat sepenuh masa dalam bisnes industri latihan dan motivasi. Setelah lama berfikir, membuat pertimbangan dan ‘diracuni’ pula oleh beberapa individu senior, akhirnya saya nekad untuk tidak bekerja sebagai peguam atau mana-mana bidang yang ada kaitan dengan perundang-undangan!

Ayah saya yang berkawan rapat dengan Peguam Negara (class mate & house mate semasa di UM dulu) telah menjamin tempat untuk saya bekerja di Jabatan Peguam Negara, tetapi tanpa berfikir panjang… saya menolak. Kepercayaan saya ialah hidup kita bukannya ditentukan oleh sekeping kertas yang bernama ijazah. Saya tetap menghormati ijazah saya (LL.B) kerana itu merupakan satu pencapaian pada memperoleh pengiktirafan sosial dan masyarakat.

Memang tersangat mencabar samada apabila menceburkan diri dalam bisnes dan terlibat dalam industri latihan dan motivasi. Pesaingnya hebat-hebat belaka umpama gergasi-gergasi yang terkadang tidak sedar terpijak mereka yang kerdil seperti saya. Tetapi cabaran adalah peluang dan jika peluang diabaikan, ia mungkin tidak akan datang lagi.

2010 menandakan sudah masuk tahun ke-4 saya di dalam industri latihan dan motivasi. Di awal pembabitan, terasa sedikit penyesalan dan dengki pada rakan-rakan dalam ‘legal profession’ yang baru bekerja tidak sampai setahun tetapi sudah memiliki kereta baru, telefon bimbit bergaya, membeli belah dengan kredit kad dsb. Tidak kurang juga yang memerli saya dengan berkata:

I told you!!!

Tetapi kini perasaan itu langsung sudah tidak wujud lagi walau sebesar zarah. Ini tidak bermakna saya hidup mewah. Tetapi saya gembira. Gembira dan seronok dengan kerja saya. Lebih-lebih lagi bila ramai yang berjaya hasil dari ‘kerja’ saya.

Tahun lepas iaitu pada tahun 2009 saya mengendalikan program motivasi dan teknik belajar di Maktab Kerjasama Malaysia. Kenangan bersama mereka memang sukar dilupakan.

Hari ini semasa saya mengemaskini power point untuk program training, sudut chat akaun Facebook saya menerima mesej daripada salah seorang peserta di Maktab Kerjasama Malaysia tahun lepas. Namanya Muammar. Selepas berborang panjang, yang paling membuat saya terharu ialah dialog;

Amin Idris: Macamana studi?

Muammar: Saya dah nak habis. tak lama lagi tamat belajar.

Amin Idris: Wah… bagus!

Muammar:
Semester lepas pointer saya naik lagi! Saya amalkan apa yang En. Amin ajarkan dulu.

Amin Idris:
Syukur… al-Hamdulillah. Tahniah Muammar!

Muammar: Datanglah lagi ke MKM!

Bagaimana dengan anda? Seronokkah anda dengan kerja anda? Anda sentiasa mempunyai pilihan!

2 Responses to “SYUKUR…”

  1. akram Says:

    tahniah a.amin!! teruskan usaha..

  2. ShueQry Says:

    Amin, honestly said saya juga seronok ngan kerja saya. Seperti yang awak rasa, saya gembira apabila ada orang gembira hasil kerja kita. Sungguh puas hati!.

    Dalam industri motivasi & pembangunan diri Malaysia, cabaran amat tinggi dan persaingan amat sengit. Amin yang memotivasi di dunia sebenar dah terasa cabarannya, apatah lagi saya yang memotivasi di internet sahaja, hanya dari sebuah blog motivasi berbahasa Melayu. Situasinya dua kali ganda lebih mencabar!

    Tapi, kalo dah suka, dah syok, dah seronok, semuanya jadi OK. Alhamdulillah.

    Saya cari buku Magnet Diri di kedai-kedai buku sekitar Kota Kinabalu, tak berjumpa. Tapi saya jumpa buku Magnet Diri di sebuah kedai buku lokasinya di Wisma MUIS, Kota Kinabalu berdekatan ngan tempat kerja. Apalagi, rembat terus! Best buku ni. Thanks Amin!

    Situasi Amin dan saya terbalik. Saya pula masuk ke profession perundangan Syariah sedangkan selama ni saya lulusan perbankkan, pernah melalui pengalaman bekerja sendiri melalui internet dan lebih banyak bekerja dalam bidang perkomputeran. Atas desakan keluarga yang rata-ratanya cikgu, saya memilih profession ni kerana saya mahu menggembirakan mak dan bapa saya. Akhirnya, saya bekerja di Mahkamah Rendah Syariah Kota Kinabalu. Dalam masa yang sama, blogging tetap diteruskan.

    Kat sini segala-galanya lancar, saya pula kena belajar balik semuanya dari bawah. Kena menjadi staff bawah dan melakukan kerja-kerja bertaraf ‘bawah’…er, maksud saya yang berbentuk kerja-kerja sokongan untuk saya belajar segala-galanya. Kat sini juga saya jumpa ngan seorang Pegawai Syariah yang dulunya junior kat sekolah saya, dia jadi hakim saya pula jadi pembantunya sahaja. Sungguh kelakar.

    Segalanya-gala yang terjadi, ada hikmah tersembunyi.

Leave a Reply