TAHUN BARU: TAHU DI MANA UNTUK KE MANA

F:\Others\Blog\Training session 3.jpg

Bila tersesat di pasaraya, kita akan mencari peta lokasi. Untuk tahu hendak ke mana, kita perlu lebih dahulu tahu kita di mana untuk tahu hendak ke mana supaya dapat sampai ke destinasi yang iingin dituju.

Tatkala kita sudah memasuki tahun baru Hijrah dan dalam masa 13 hari = 3121 jam = 8720 minit =  1,123,200 saat untuk kita tunaikan matlamat 2009. Dalam tempoh itu juga, kita perlu bersedia untuk menghadapi tahun 2010. Ya benar… untuk bersedia maka kita mesti membuat post-moterm atau muhasabah bukan untuk mendedahkan kelemahan diri tapi untuk beberapa sebab iaitu;

  1. Mengenal pasti kesilapan dan kelemahan
  2. Mengenal pasti cara mengatasinya agar jadi lebih baik
  3. Tingkatkan prestasi baik yang telah dilakukan

Berikut adalah template post-moterm yang mungkin boleh membantu men’sistematik’kan post-moterm 2009 anda.

1. Matlamat / Azam 2009

  • ……………………………………………….

(Jika kita lupa atau teragak-agak untuk mencatat matlamat atau azam tahun ini, ertinya selama ini kita tidak fokus pada matlamat. Dan kemungkinan besar itulah punca utama matlamat 2009 gagal dicapai!)

2. Perancangan 2009

  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….

(Jika sudah ada matlamat tetapi kita tidak ada langsung perancangan, maka kita telah merancang untuk gagal mencapai matlamat 2009. If you fail to plan, you plan to fail)

3. Perancangan dilaksana

  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….

(Jika sudah ada perancangan, perlu juga kita menganalisa sejauhmana atau setakatmana perancangan itu terlaksana. Jika terdapat 10 perancangan, adakah 4 daripada 10 yang terlaksana? Atau 6 daripada 10? Atau 2 daripada 10? Jika kurang dari 5/10 atau kurang dari 50%, anda mesti benar-benar serius dalam merancang dan melaksana pada tahun 2010)

4. Perancangan tertangguh

  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….

(Setelah mengenalpasti perancangan yang terlaksana, senaraikan pula perancangan yang tertangguh kerana mungkin anda masih ada masa untuk melaksanakannya sebelum 2010 atau untuk 2010)

5. Sebab tertangguh dan idea mengatasinya

  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….

(Jika ada perancangan yang tertangguh, kenal pasti mengapa? Kemudian disusuli sekurang-kurangnya 1 idea praktikel untuk mengatasinya)

Borang ini akan menjadi hasil post moterm yang sistematik dan akan banyak membantu bila merangka perancangan untuk 2010.  Selamat menganalisa, merancang dan menang!

2 Responses to “TAHUN BARU: TAHU DI MANA UNTUK KE MANA”

  1. Khaldun Says:

    Salam..Abg Amin…kalau boleh ajar muda mudi kini tentang cara penggunaan handphone dengan betul. Handphone dan PDA semuanya kini lengkap dengan sistem kalendar, memo dan perancangan yang boleh diupdate dan dibawa ke mana-mana. Masalahnya ramai yang x reti mengunakannya. Bila ditanya sebanya- trend.TREND? Betulkah ini?

  2. bina badan Says:

    selamat tahun baru…moga ceria selalu..dan dikurniakan badan yang sihat dan cergas…

Leave a Reply