RAKAMAN ‘ADAM & HAWA’
Minggu lepas saya dijemput oleh sebuah produksi untuk menjadi salah seorang panel untuk rancangan forum terbaru arahan Erma Fatima yang bakal ditayangkan di TV1 tahun depan.
Formatnya cukup menarik. Rancangan ini diberi nama Adam dan Hawa yang membicarakan isu-isu agajma yang membabitkan 2 kaum iaitu lelaki dan perempuan dari sudut pandang agama, sosial dan psikologi. Panelis tetap ialah Ust Zawawi, seorang panelis jemputan dan seorang tetamu istimewa.

Pengantara bagi rancangan ini ialah Aida Gadis Melayu dan Hairi.
Semasa saya menjadi panelis jemputan, tajuknya ialah “Cantik tapi…” yang membicarakan usaha menjadi cantik melalui botox, kolagen, pembedahan plastik, susuk dsb.
Fokus saya ketika itu ialah mengenai Konsep Diri dan Juga Estim Diri. Nantikan tayangannya 2010!

Gembira dapat berjumpa semula Ust. Zawawi yang pernah menjadi pensyarah Bahasa Arab semasa saya di matrikulasi UIA tahun 2000.





December 9th, 2009 at 1:26 pm
Salam.
Macam best je rancangan ni, nak tengoklah nanti. kt channel mn ye nnt? hehe… excited nak tahu plak
December 9th, 2009 at 1:28 pm
Ops dh ada, tv1 rupanya… hehe sorry cz bc part bwh gmbr je huhu… yg atas x tgk td.