BAKAT SAHAJA TIDAK CUKUP

Ada mempunyai bakat menyanyi, bijak matematik, pandai melukis, petah berpidato, hebat dalam apa jua jenis sukan atau bakat dalam apa jua bidang… bakat anda wajar dipuji dan menerima sanjungan serta penghormatan.

Namun, percaya atau tidak, bakat bukanlah segalanya untuk berjaya. Bakat memang penting tapi ia hanya benar-benar membantu anda pada peringkat awal.

Bakat membantu agar kewujudan anda disedari
Bakat membantu agar peluang terbuka untuk anda jadi lebih baik
Bakat membantu agar kehebatan anda terserlah
Bakat membantu untuk anda melakukan langkah pertama sebelum 1000 langkah di hadapan

Tetapi jika anda hanya bergantung pada bakat anda semata-mata, anda tidak akan ke mana-mana. Akibatnya, anda ibarat pisau tumpul yang tidak diasah walaupun suatu ketika dulu anda adalah pisau paling tajam di dunia!

Buku tulisan John C. Maxwell mengupas dengan cukup menarik bagaimana untuk memastikan bakat yang anda miliki tidak sia-sia. Berikut saya kongsi beberapa tip utama dipetik melalui buku Maxwell; Talent is never enough.

  1. Kepercayaan mengangkat bakat anda
  2. Kemahuan memperkuatkan bakat anda
  3. Inisiatif mengaktifkan bakat anda
  4. Fokus memandu arah bakat anda
  5. Persediaan menentukan kedudukan bakat anda
  6. Latihan mempertajamkan bakat anda
  7. Cabaran mengukuhkan bakat anda
  8. Keberanian menguji bakat anda
  9. Sikap melindungi bakat anda
  10. Perhubungan mempengaruhi bakat anda
  11. Tanggungjawab memperkuatkan bakat anda
  12. Bersedia untuk diajar meluaskan bakat anda
  13. Kerja Berpasukan menggandakan bakat anda

Apa bakat yang anda miliki? Fokus pada kekuatan bukan pada kelemahan. What you choose to make, makes you!

Leave a Reply