“I WANT TO CONTRIBUTE TO ISLAM AND MY SOCIETY”

Tersebutlah kisah seorang insan bernama Nair Japri. Suatu ketika dahulu mempunyai band muziknya sendiri. Beliau sezaman dengan Amy Search dan Awie Wings. Sebelum Fauzi Marzuki, beliau merupakan Guru Vokal kepada Fauziah Latiff.

Kini Tuan Nasir merupakan Pengerusi PIBG kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar. Seorang yang bekerja sendiri dan berazam untuk memberi sumbangan sebanyak mungkin kepada Islam dan masyrakat.

I:\Others\Blog\AI\Bersama En. Nasir.jpg

Salah satu ‘strateginya’ ialah membina pelajar-pelajar di sekolah melalui program-program bina insan di sekolah. Prinsip beliau ialah;

Tentang duit saya tak berkira, yang paling penting ialah budak-budak diberikan program-program berkualiti dan saya sedia untuk meluluskan bajet untuk membayar program sebegitu.

Contohnya, pada bulan Jun, Tuan Nasir selaku PIBG telah meluluskan bajet sebanyak RM4820 untuk Seminar Sehari UPSR.

Saya terkasima sejenak kerana pertama, walaupun ini adalah sekolah kampung tapi mereka cukup berjiwa besar. Kedua, saya semakin yakin, untuk memperolehi hasil yang LEBIH, mustahil untuk kita peroleh jika tidak mahu melalukan usaha yang LEBIH. Ketiga, syukur kerana hidayah Allah pada insan bernama Nasir Sapri.

2 Responses to ““I WANT TO CONTRIBUTE TO ISLAM AND MY SOCIETY””

  1. lisno Says:

    Assalammualaikum … saya adalah ibubapa kepada pelajar tahun 1 di SKBK.
    Sebagai salah seorang ahli PIBG di sini apa yang nak saya komen adalah
    mengenai penjualan buku ataupun promosi buku-buku yang juga mempengaruhi
    kanak-kanak untuk membeli oleh guru-guru pada awal-awal tahun beginin.
    Bukanlah saya menghalang jualan buku di sekolah tetapi janganlah di
    awal-awal tahun begini sehingga kami terpaksa memujuk anak-anak untuk ke
    sekolah yang menangis semata-mata kerana mahu kan buku yang di promosikan.
    Cadangan saya memantau aktiviti penjualan/promosi buku sehingga pada awal t
    tahun persekolahan.

  2. Amin Idris Says:

    Salam tuan,

    Saya memahami apa yang tuan maksudkan.
    Saya sekadar berkongsi apa yang saya pelajari sepanjang pengalaman membaca dan menulis buku iaitu memiliki buku adalah satu pelaburan yang tidak akan rugi selamanya.

    Jika anak-anak tuan menangis-nangis kerana hendak pada buku, itu tanda positif kepada tebiat positif yang biasanya sukar dipupuk. Ianya lebih baik dari kanak-kanak yang menangis-nangis kerana hendakkan video game.

Leave a Reply