Archive for March 3rd, 2010

PROGRAM TEAM BUILDING UNTUK USAHAWAN MARA WILAYAH PERSEKUTUAN

Wednesday, March 3rd, 2010

Pada 23 hingga 24 Februari 2010 yang lalu, AITC dijemput oleh Pembangunan Usahawan MARA (PUSMA) Wilayah Persekutuan untuk mengendalikan kursus 2 hari pembinaan pasukan di kalangan usahawan MARA bertempat di Nur Lembah Pangsung, Hulu Langat, Selangor.

Selain acara dewan seperti ceramah dan bengkel modul berpasukan, aktiviti-aktiviti luar juga dilaksanakan seperti flying fox dan naik rakit.

Banyak nilai-nilai telah diterapkan melalui modul-modul AITC seperti Menetapkan Wawasan Pasukan, Urus Pasukan secara Strategik, Kepentingan Kepercayaan dan Dipercayai, Kemahiran Interpersonal dalam Pasukan, Mengurus Perubahan dll.

Terima kasih khasnya buat PUSMA Wilayah Persekutuan. Terima Kasih buat Tuan Zulkarnain, Puan Wan Munirah (moga baby dalam kandungan sihat sokmo :) ), Puan Azizah dan semua urusetia MARA yang membantu menjayakan program.

Apa yang penting? … KERJASAMA!!! :)

MAGNET DIRI LIVE DI TV1 ESOK

Wednesday, March 3rd, 2010

Esok saya akan ke udara secara langsung untuk mengupas buku MAGNET DIRI; CIPTA PENGARUH LUARBIASA & BERJAYA.

Hari: Khamis
Tarikh: 4 Mac 2010
Masa: 8.10 pagi
Rancangan: Bicara Buku, Selamat Pagi Malaysia