Archive for February, 2010

FORUM BERSAMA PROF. IZI

Saturday, February 27th, 2010

SEKITAR BICARA SELEBRITI DI KB MALL

Sunday, February 14th, 2010

Semalam 14 Februari saya berada di Kota Bharu untuk memenuhi jemputan sebagai moderator Forum Bicara Selebriti anjuran Kerajaan Negeri Kelantan sempenan sambuta Hari Hiburan Islam Kelantan. Panelis yang dijemput semuanya hebat-hebat belaka.


Wardina Safiya; individu yang menjadi pioneer kepada artis memakai tudung. Sejak beliau memakai tudung, pemakaian tudung bukan lagi sesuatu yang asing di kalangan artis. Malah, cabaran ketika mula-mula memakai tudung, beliau dipinggirkan dari rancangan Spanarjaya. Tetapi selepas itu, beliau diambil sebagai model shampoo. Buat pertama kali dalam sejarah DUNIA, produk shampoo menggunakan model bertudung. NAtijahnya, jualan shampoo tersebut MELETUP!!!

Kata-kata Magnetik dari Wardina: “Orang yang kukuh pendirian memakai tudung ialah mereka yang tahu kenapa mereka pakai tudung. Meraka tahu ayat mana di dalam al-Qur’an yang memerintahkan wanita Muslim memakai tudung. Bukan hanya kerana trend semata-mata.”


Farah Adeeba: antara selebriti yang popular bukan kerana berpakaian seksi tetapi kerana imej bertudung dan dianggap sebagai ‘celebrity with brain’ kerana pada masa yang sama seorang peguam. Beliau memiliki firma guaman sendiri.

Kata-kata Magnetik dari Farah Adeeba: “Pelajarilah ilmu khususnya Bahasa Inggeris agar mesej dakwah bukan hanya sampai kepada mereka yang sudah sedar, tetapi kepada mereka yang bebar-benar dahagakan mesej Islam.

Habiburrahman el-Shirazy: Seorang tokoh novelis Islamik. Antara novelnya yang meletup ialah Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Kedua-dua novel ini ‘difilemkan’ dan mencapai tahap ‘blockbuster’! Di Indonesia, lebih 5.8 juta rakyat Indonesia menonton filem Ketika Cinta Bertasbih! Siapa kata filem Islamik tidak boleh popular? Habiburrahman berjaya menampilkan hiburan alternatif yang bisa membangun dan mendidik jiwa.

Kata-kata Magnetik dari Ust. Habiburrahman:Buat pertama kali dalam sejarah perfileman dunia apabila diadakan audisi (audition), syarat nombor 1 untuk sesiapa yang berminat ialah ‘mesti mahir membaca al-Qur’an!”

Terima kasih buat kerajaan Negeri Kelantan khasnya buat Tuan Saifudian dan tuan Riduan kerana layanan 1st class sepanjang saya di Kota Bharu. Terima kasih Ust. Habiburrahman atas pemberian 2 novel tulisannya, tahniah buat Kak Wardina dan Kak Farah kerana menginspirasikan rakyat Kelantan.

FORUM SELEBRITI DI KB MALL, 14 FEBRUARI

Wednesday, February 10th, 2010

Siapa moderator Forum? Guess who… :)

SEPETANG DI KBU INTERNATIONAL COLLEGE

Wednesday, February 3rd, 2010

Thank you Mozahiri kerana menjemput…

ELEMEN TERPENTING MEMPENGARUHI MELALUI PERBUALAN TELEFON

Wednesday, February 3rd, 2010

Menurut kajian Mehrabian, dalam komunikasi untuk mempengaruhi orang, elemen terpenting ialah faktor fisiologi iaitu 58%, manakala suara 35% dan perkataan yang disebut hanyalah 7%. Walau bagaimanapun, dalam komunikasi yang tidak berbentuk fizikal contohnya perbualan telefon, jumlah peratusannya ialah terbalik iaitu:

  • Perkataan yang disebut 58%
  • Suara 35%
  • Fisiologi 7%


Kes studi;

Sejak 2 minggu yang lalu,  saya dihubungi oleh seorang agen insurans. Tak perlulah saya sebut syarikat mana. Dia menawarkan plan perancangan kewangan. Dia meminta alamat email saya untuk diberikan maklumat tersebut dan saya tidak menolaknya malah dengan mudah memberikan alamat email kerana faktor suaranya yang kedengaran positif dan intonasinya sederhana.


Namun saya masih belum mebuat keputusan lagi samada mahu menerima tawarannya atau tidak.

Dia kemudian menghantar email info tersebut kepada saya. Apabila membaca email, saya mula rasa tertarik. Tetapi saya masih belum mebuat keputusan lagi samada mahu menerima tawarannya atau tidak. Ada satu ‘key moment’ atau peritiwa paling penting yang mendorong saya untuk membuat satu keputusan.

Saya sangat rasa ‘insulted’ semasa perbualan telefon dengan agen insurans itu semalam. Ketika itu saya sedang memandu dan saya minta untuk dihubungi pagi ini. Dia setuju tetapi selepas itu dia tanya;

“Tak bunyi enjin kereta pun?”. Dalam erti kata lain, dia seolah berkata saya ‘menipu’ untuk elak dari berbual dengan dia dalam telefon. Saya terpaksa membunyikan hon kereta untuk membuktikan saya sedang memandu.

Bila dia hubungi saya sekejap tadi, tanpa berfikir panjang saya terus menolak!

Kesimpulannya, perkataan yang disebut memainkan peranan sangat penting ketika dalam perbualan telefon kerana kita tidak nampak bahasa badan yang dilakukannya secara fizikal. Yang memainkan peranan hanyalah suara dan perkataan.