Archive for the ‘B.M.I.’ Category

BAKAT SAHAJA TIDAK CUKUP

Thursday, October 16th, 2008

Ada mempunyai bakat menyanyi, bijak matematik, pandai melukis, petah berpidato, hebat dalam apa jua jenis sukan atau bakat dalam apa jua bidang… bakat anda wajar dipuji dan menerima sanjungan serta penghormatan.

Namun, percaya atau tidak, bakat bukanlah segalanya untuk berjaya. Bakat memang penting tapi ia hanya benar-benar membantu anda pada peringkat awal.

Bakat membantu agar kewujudan anda disedari
Bakat membantu agar peluang terbuka untuk anda jadi lebih baik
Bakat membantu agar kehebatan anda terserlah
Bakat membantu untuk anda melakukan langkah pertama sebelum 1000 langkah di hadapan

Tetapi jika anda hanya bergantung pada bakat anda semata-mata, anda tidak akan ke mana-mana. Akibatnya, anda ibarat pisau tumpul yang tidak diasah walaupun suatu ketika dulu anda adalah pisau paling tajam di dunia!

Buku tulisan John C. Maxwell mengupas dengan cukup menarik bagaimana untuk memastikan bakat yang anda miliki tidak sia-sia. Berikut saya kongsi beberapa tip utama dipetik melalui buku Maxwell; Talent is never enough.

  1. Kepercayaan mengangkat bakat anda
  2. Kemahuan memperkuatkan bakat anda
  3. Inisiatif mengaktifkan bakat anda
  4. Fokus memandu arah bakat anda
  5. Persediaan menentukan kedudukan bakat anda
  6. Latihan mempertajamkan bakat anda
  7. Cabaran mengukuhkan bakat anda
  8. Keberanian menguji bakat anda
  9. Sikap melindungi bakat anda
  10. Perhubungan mempengaruhi bakat anda
  11. Tanggungjawab memperkuatkan bakat anda
  12. Bersedia untuk diajar meluaskan bakat anda
  13. Kerja Berpasukan menggandakan bakat anda

Apa bakat yang anda miliki? Fokus pada kekuatan bukan pada kelemahan. What you choose to make, makes you!

HIGH LIGHT DI MPH WANGSA MAJU

Thursday, June 12th, 2008

Samalam saya dan Razak pergi melepak kat MPH Jaya Jusco Wangsa Maju.

Yang paling menyeronokkan kami ialah kali ini, buku kami berada di rak ‘High Light’.

Inilah antara kepuasan hasil menulis buku apabila mendapat perhatian kedai buku terkemuka. Lebih puas apabila melihat orang membelek buku hasil tulisan kita, kemudian membawanya ke kaunter untuk membelinya.

Satu self-motivation yang cukup berkesan.

F:\Others\Blog\PDA Meeting di JJ WM.jpg

Perasan tak buku Afyan (RK untuk PRS) turut sama berada dalam rak ‘High Light’? Apa agaknya buku seterusnya dari Sdr. Afyan? :)

Tak sabar rasanya untuk buku saya seterusnya dilancarkan!

B.M.I. – PEMIMPIN 360 DARJAH

Thursday, February 21st, 2008

B.M.iAdakalanya seseorang itu mampu memimpin mereka yang sebaya tetapi gagal berinteraksi dengan kumpulan yang lebih tua atau senior darinya. Adakalanya juga seseorang itu hebat memimpin golongan bawahan, tetapi tidak dapat mengarah mereka yang sebaya apatah lagi yang lebih atas dan senior. Ada juga hebat memimpin tetapi ‘buat perangai’ bila dipimpin.

Buku ’360 Degree Leader’ oleh John C. Maxwell mengupas isu di atas. Matlamat buku ini ialah membantu para pembaca untuk menjadi pemimpin yang mampu ‘memimpin dari atas ke bawah’, ‘dari bawah ke atas’ dan secara ‘mendatar’.

Buku ini juga cuba mengatasi teori salah yang menjadi dongeng di dalam dunia kepemimpinan. Pada bab awal buku tersebut, substance utamanya ialah menempelak sayu kepercayaan kononnnya seseorang itu mesti berada di kemuncak atau pada tahap teratas organisasi atau berjawatan tinggi untuk menjadi pemimpin. Menurut Maxwell, kepercayaan ini hanyalah dongeng semata kerana disebabkan dongeng ini, ramai yang hanya menunggu jawatan untuk tampil menjadi pemimpin.

Maxwell menamakannya sebagai ‘the myth of position’

Ulasan Amin Idris

Dalam Sirah Nabi Muhammad SAW, selepas kewafatan baginda berlaku 2 majlis yang amat-amat penting. Majlis pertama ialah pengkebumian nabi yang dihadiri majoriti oleh sabahat-sahabat dari kalangan Muhajirin (Muslim yang berhijrah dari Mekah ke Madinah). Majlis kedua ialah mesyuarat tergempar di Dewan Bani Sa’idah membincangkan siapakah bakal pengganti nabi untuk menyambung tugas urusan ummah yang dihadiri oleh para Ansar (penduduk asal Madinah yang menerima dan membantu para Muhajirin). Kedua-dua majlis itu berlaku serentak.

Tatkala para sahabat di majlis pengkebumian nabi menyedari akan majlis di Dewan Bani Sa’idah, maka mereka dengan segera bergegas ke dewan tersebut sekaligus meninggalkan Aisyah menguruskan jenazah nabi untuk tujuan pengkebumian. Diringkas cerita, setibanya mereka di mesyuarat yang dianjurkan oleh para Ansar, setelah perbincagan dan perdebatan maka diangkat Saidina Abu Bakar sebagai pengganti nabi seterus bertindak sebagai Khalifah ummah.

Saya sengaja menceritakan kisah di atas sebagai menjelaskan betapa isu kepemimpinan amat-amat dititik beratkan oleh Islam. Oleh itu, sebagai Muslim, kita tidak boleh ‘main-main’ samada bila memilih pemimpin mahupun bila dipilih menjadi pemimpin.

Justeru, tidak salah untuk kita semua meningkatkan kualiti kepemimpinan yang kita ada demi kepentingan ummah dan kesejahteraan dunia. Tidak salah juga kita memetik manfaat dari buku-buku Barat selagimana ia tidak menggugat kepercayaan kita pada Allah dan Rasul-Nya.

Pada pandangan saya, antara punca ‘kelembapan’ umat Islam ialah kerana sikap ‘tunggu dan lihat’ siapa yang akan muncul di tengah-tengah kerakusan dunia memijak-mijak maruah Islam. Tidak ada atau terlalu susah untuk ada yang berani tampil, step-up dan menjadi pemimpin hebat umat Islam di seluruh dunia. Tidak kira Muslim mazhab apa, fahaman politik apa, aliran pemikiran apa… mereka semua yakin dan percaya dengan kewibawaan pemimpin itu serta sanggup memberikan ketastan kepadanya.

Kesimpulannya… kita mampu memilih 2 perkara;

  1. Pilih untuk merubah diri untuk jadi pemimpin 360 darjah
  2. Pilih pemimpin yang benar-benar boleh memimpin kita ke jalan yang benar.

    Ikon Utama

JUMAAT; BUKU MINGGU INI (BMI)

Wednesday, January 30th, 2008

B.M.iMulai minggu depan (bulan Februari), blog www.aminidris.com akan melancarkan satu kategori baru iaitu segmen BUKU MINGGU INI. Segmen ini akan diterbitkan 2 minggu sekali pada hari Jumaat.

Melalui segmen ini, saya akan berkongsi dengan anda beberapa kandungan ringkas terpilih yang diambil daripada buku-buku yang telah saya baca.Objektifnya ialah;

  1. Berkongsi maklumat khasnya buat para pelayar setia www.aminidris.com
  2. Membuka ruangan diskusi buku
  3. Menggalak dan memupuk budaya membaca untuk diri saya dan anda semua

So, apa buku yang akan didiskusikan minggu depan? Tunggu… :)

B.M.I. – 360 DEGREE LEADERSHIP

Monday, January 29th, 2007

B.M.iAdakalanya seseorang itu mampu memimpin mereka yang sebaya tetapi gagal berinteraksi dengan kumpulan yang lebih tua atau senior darinya. Adakalanya juga seseorang itu hebat memimpin golongan bawahan, tetapi tidak dapat mengarah mereka yang sebaya apatah lagi yang lebih atas dan senior. Ada juga hebat memimpin tetapi ‘buat perangai’ bila dipimpin.

Buku ’360 Degree Leader’ oleh John C. Maxwell mengupas isu di atas. Matlamat buku ini ialah membantu para pembaca untuk menjadi pemimpin yang mampu ‘memimpin dari atas ke bawah’, ‘dari bawah ke atas’ dan secara ’mendatar’.Buku ini juga cuba mengatasi teori salah yang menjadi dongeng di dalam dunia kepemimpinan. Pada bab awal buku tersebut, substance utamanya ialah menempelak sayu kepercayaan kononnnya seseorang itu mesti berada di kemuncak atau pada tahap teratas organisasi atau berjawatan tinggi untuk menjadi pemimpin. Menurut Maxwell, kepercayaan ini hanyalah dongeng semata kerana disebabkan dongeng ini, ramai yang hanya menunggu jawatan untuk tampil menjadi pemimpin.

Maxwell menamakan sebagai ‘the myth of position’