Archive for the ‘Skill-komunikasi’ Category

ELEMEN TERPENTING MEMPENGARUHI MELALUI PERBUALAN TELEFON

Wednesday, February 3rd, 2010

Menurut kajian Mehrabian, dalam komunikasi untuk mempengaruhi orang, elemen terpenting ialah faktor fisiologi iaitu 58%, manakala suara 35% dan perkataan yang disebut hanyalah 7%. Walau bagaimanapun, dalam komunikasi yang tidak berbentuk fizikal contohnya perbualan telefon, jumlah peratusannya ialah terbalik iaitu:

  • Perkataan yang disebut 58%
  • Suara 35%
  • Fisiologi 7%


Kes studi;

Sejak 2 minggu yang lalu,  saya dihubungi oleh seorang agen insurans. Tak perlulah saya sebut syarikat mana. Dia menawarkan plan perancangan kewangan. Dia meminta alamat email saya untuk diberikan maklumat tersebut dan saya tidak menolaknya malah dengan mudah memberikan alamat email kerana faktor suaranya yang kedengaran positif dan intonasinya sederhana.


Namun saya masih belum mebuat keputusan lagi samada mahu menerima tawarannya atau tidak.

Dia kemudian menghantar email info tersebut kepada saya. Apabila membaca email, saya mula rasa tertarik. Tetapi saya masih belum mebuat keputusan lagi samada mahu menerima tawarannya atau tidak. Ada satu ‘key moment’ atau peritiwa paling penting yang mendorong saya untuk membuat satu keputusan.

Saya sangat rasa ‘insulted’ semasa perbualan telefon dengan agen insurans itu semalam. Ketika itu saya sedang memandu dan saya minta untuk dihubungi pagi ini. Dia setuju tetapi selepas itu dia tanya;

“Tak bunyi enjin kereta pun?”. Dalam erti kata lain, dia seolah berkata saya ‘menipu’ untuk elak dari berbual dengan dia dalam telefon. Saya terpaksa membunyikan hon kereta untuk membuktikan saya sedang memandu.

Bila dia hubungi saya sekejap tadi, tanpa berfikir panjang saya terus menolak!

Kesimpulannya, perkataan yang disebut memainkan peranan sangat penting ketika dalam perbualan telefon kerana kita tidak nampak bahasa badan yang dilakukannya secara fizikal. Yang memainkan peranan hanyalah suara dan perkataan.

KEPUTUSAN SECARA BERPASUKAN

Monday, December 7th, 2009

Ragu-ragu dalam membuat keputusan? Takut ada orang lain tidak puas hati atau marah dengan keputusan anda? Sering goyah dan berubah-ubah dalam membuat keputusan?

Panduan Asas

1. Jangan bergopoh-gapah. Tergopoh-gapah adalah satu amalan buruk yang dikeji. Anda tidak harus kelam kabut dalam mengeluarkan satu-satu keputusan. Setiap kata-kata seorang presiden tidak sama dengan seorang pelajar biasa. Oleh itu, jangan gopoh dalam memutuskan sesuatu perkara. Berfikirlah secara rasional dan tenang. Kenal pasti apakah isu sebenar sebagai fokus yang ingin diputuskan.

2. Rasional dalam berfikir. Anda mesti ketepikan segala rasa dendam, marah dan emosional di dalam fikiran dan perasaan anda. Ini adalah kerana sifat-sifat sedemikian hanya akan mendorong anda untuk membuat keputusan hanya berlandaskan nafsu dan kemarahan. Keputusan sedemikian hanyalah sebagai suatu dendam atau menyalakan api kemarahan dan memburukkan lagi keadaan.

3. Analisa dan kajian. Janganlah malas dalam membuat kajian dan analisa. Ia boleh dibuat secara pantas atau mengambil masa yang lama bergantung kepada keadaan. Jika masa yang ada adalah amat panjang, buatlah kajian dengan mendalam. Sebaliknya, jika anda kesuntukan masa, kaji dan analisa pada pro (kebaikan) dan contra (keburukan). Mana-mana yang menghasilkan kebaikan terbanyak mesti diutamakan.

4. Jangan malu bertanya. Janganlah anda rasa segan atau malu bertannya semata-mata kerana anda seorang presiden. Anda akan dihormati jika anda bersikap rendah diri dengan bertanya sekiranya anda tidak yakin atau ingin mengetahui sesuatu. Oleh itu, janganlah rasa segan untuk bertanya guru-guru, atau teman sejawatan, atau rakan-rakan karib. Mungkin mereka boleh mengemukakan sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran anda.

5. Anggarkan kemungkinan kesan terburuk. Sebelum anda menghasilkan sesuatu keputusan, anda wajar untuk membuat beberapa anggaran. Selepas anda membuat kajian, analisa dan bertanya akan nasihat, buatlah anggaran sekiranya setiap satu dibuat, apakah kesan terburuk yang mungkin berlaku. Semakin sedikit keburukan kesan sesuatu itu, makin darjatnya makin baik. Begitulah setersunya.

6. Buat perbandingan untuk yang terbaik. Di kala itu, anda haruslah membuat perbandingan mana yang terbaik. Lihatlah pada kuantiti kebaikan dan keburukan, kesan jangka masa panjang dan pendek, siapa yang terlibat dan apakah reaksi orang lain khususnya pihak sekolah dan ahli persatuan anda.

7. Gunakan intuisi. Renung dalam-dalam ke dalam hati. Yang manakah yang anda rasa ‘secocok’ dan ‘serasi’? Sesuatu yang anda ‘rasakan’ sebagai satu keputusan yang baik. Mungkin faktor keimanan, agama, dan moral memainkan peranan ketika melakukan perkara ini.

8. Utamakan kepentingan umum. Ingatlah bahawa dalam apa jua tindakan anda, ketepikan kepentingan dir. Jangan sampai orang melihat anda mempergunakan persatuan untuk kepentingan peribadi dan kepuasan diri. Utamakan kepentingan umum iaitu persatuan dan sekolah anda.

9. Buat keputusan yang tepat. Buatlah keputusan yang terbaik dan paling cantik untuk dilaksanakan. Fikirkan matlamat jangka panjang dan jangka pendek yang boleh mempengaruhi hidup anda. Laksanakan setiap keputusan dengan berdisiplin dan dedikasi. Buatlah pemerhatian yang teliti terhadap setiap keputusan, agar ianya tidak hanya tinggal sebagai keputusan.

10. Cipta pelan tindakan. Keputusan sahaja tidak mempunyai makna kalau anda tidak tahu bagaimana hendak melaksanakannya. Buatlah pelan tindakan. Apa yang perlu dilakukan? Apa peralatan yang perlu? Siapa yang bertanggungjawab? Bila akan dilakukan? Bagaimana kaedahnya? Berapa lama tempohnya? Apakah standard yang diharapkan? Apakah pelan alternatif yang ada?

11. Usahakan kata sepakat. Jika anda membuat keputusan secara bersama, carilah kata sepakat dengan rakan-rakan yang lain. Kata sepakat sangat penting untuk memberikan momentum yang besar kepada sesuatu keputusan itu. Berbanding dengan keputusan majoriti, kata sepakat akan memastikan tiada ‘cakap-cakap belakang’ yang memperlekehkan keputusan tersebut. Kata sepakat juga menunjukkan bahawa keputusan itu perlu dipatuhi oleh semua warga organisasi. Dalam sistem perundangan Islam, kata sepakat, atau Ijma’ dianggap sebagai salah satu sumber perundangan Islam yang ketiga.

12. Bertekad, berusaha, dan bertawakal. Tiga syarat ini sangat penting setelah anda membuat keputusan. Membuat keputusan penting, tetapi melaksanakan keputusan juga sangatlah penting. Keputusan tanpa tindakan ibarat pohon yang tiada kegunaan. Oleh itu, lakukanlah sekarang!

Jangan lupa…

Membuat keputusan ertinya anda berhadapan antara kejayaan atau kegagalan. Tidak ada lorong tengah yang menjadi hasil dalam membuat keputusan. Sebab itu anda mesti mempunyai keberanian untuk membuat keputusan. Walaupun hasilnya gagalnya, sekurangnya anda sudah berjaya menjadi seorang yang berani. Berani untuk gagal!

MAGNET DIRI: SKILL BERBUAL-BUAL

Thursday, November 12th, 2009

business conversations

Bayangkan suatu hari anda pergi ke sebuah Pusat Komuniti untuk bermain badminton. Sebelum itu anda perlu terlebih dahulu menampah gelanggang badminton. Lalu anda perlu berurusan dengan seorang pegawai di pejabat pusat tersebut.

Selepas dia meminta anda mengisi borang, lalu dia bertanya 2 soalan iaitu;

Soalan 1. “Berapa jam nak guna?”

Anda menjawab, “Sejam sahaja!” (masa ketika itu ialah jam 12.15pm)

Soalan 2. Yang mana terbaik? Samada (a) “Keluar pukul 1.30pm boleh?” atau (b) “Mula pukul 12.30 boleh?”

Pendapat anda, jawapannya ialah…?

MODEL MODUL MAGNET DIRI

Monday, June 15th, 2009

ilusrtrasi-9kecil

Magnet Diri adalah berpaksikan pada 3 asas iaitu ANALOGI, ENERGI dan SINERGI.

  1. Analogi ialah menerangkan tentang anjakan paradigm, perkara asas, prinsip dan falsafah.
  2. Energi menjelaskan persoalan penerimaan diri dan bagaimana untuk mengoptimakan prestasi serta potensi diri
  3. Sinergi iaitu bagaimana teknik menjadikan diri lebih menarik sekaligus membuatkan orang lain rasa tertarik bila bersua dengan sesiapa sahaja.

PRINSIP MAGNET DIRI

Tuesday, June 9th, 2009

1. Semua orang adalah kawan. Tiada musuh, walaupun musuh sekalipun.

Seringkali kita terperangkap dengan prinsip bahawa untuk menang, kita mesti mengalahkan orang lain. Untuk hebat, kita mesti menjadikan orang lain kurang hebat. Untuk berjaya, perlu lebih dahulu menyekat orang lain untuk berjaya lantas kegagalan orang lain menjadikan kita berjaya, untuk jadi pengaruh maka perlu terlebih dahulu jadikan orang lain kurang berpengaruh dan mudah dimanipulasi. Sikap sebegini hanya akan menghasilkan permusuhan dan seteru. Pengaruh sebegini tidak kekal lama. Pengaruh yang berdasarkan kepada Magnet Diri ialah untuk menang, kita mesti pastikan orang di keliling kita juga menang, untuk berjaya kita mesti bantu orang untuk berjaya.

Untuk jadi berpengaruh, Magnet Diri memastikan orang lain juga berpengaruh

2. Setiap orang adalah unik, maka saya perlu menerokai dan berusaha untuk menghargainya.

Rentetan daripada itu, Magnet Diri tidak membenarkan seseorang memandang rendah atau memperlekeh sesama manusia. Individu Magnet Diri sangat menghargai setiap perbezaan manusia. Perbezaan tidak dilihat sebagai masalah atau punca kelemahan. Sebalik perbezaan dilihat sebagai kekuatan yang boleh dibentuk dan menghasilkan momentum yang luar biasa dalam kehidupan. Perbezaan itu adalah keunikan yang mesti diberikan keutamaan, focus dan dihargai dengan segala cara di setiap masa, di mana sahaja..

3. Setiap orang suka diterima, diiktiraf, dan dirasai kewujudannya.

Tidak ada siapa pun di dunia ini yang suka hidup terpinggir. Manusia dicipta untuk saling memerlukan dan saling lengkap melengkapi. Manusia saling bergantung sesama sendiri untuk menjadikan hidup lebih bermakna. Sudah pasti manusia amat kecewa dan hampa jika kewujudannya dipinggirkan dan dipulau oleh masyarakat. Magnet Diri sangat menekankan agar manusia menghargai sesama manusia dengan bukti iaitu membuat mereka rasa diterima, diiktiraf dan dirasai kewujudan manusia yang lain.

ilusrtrasi-9kecil

LEADERS MUST READY TO MAKE THEIR HANDS DIRTY

Wednesday, May 27th, 2009

Yang Negatif

Sebutkan sifat typical boss anda di pejabat;

  1. Berlagak
  2. Suka mengarah
  3. Ekslusif
  4. Tidak memahami pekerja
  5. Hanya dia yang betul

Dan banyak lagi…

Yang Positif

Dato’ Sri Tony Fernandes semasa menyampaikan ucaptama di Konvensyen Nasional MAPS membongkarkan bagaimana beliau merekrut staff di Air Asia. Ada yang bermula sebagai ‘flight attendace’ dan kini menjadi juruterbang Air Asia.

Bagi Tony, beliau tidak memandang langsung pada ijazah yang dimiliki oleh stafnya. Sebaliknya melihat pada potensi.

Bagaimana beliau bertemu dengan potensi yang beliau maksudkan?

Kata Tony, beliau sentiasa turun ke akar umbi, kurang gemar memakai sut jaket, kemeja dan bertali leher. Sebaliknya berpakain sederhana agar disenangi dan mudah didekati oleh semua orang. Tony sendiri acapkali menjalankan tugas angkat beg di lapangan terbang kerana pada pandangan beliau, dengan cara inilah beliau akan dapat mengenali dan menemui potensi staf-staf di Air Asia.

Kata Tony,

LEADERS MUST READY TO MAKE THEIR HANDS DIRTY

Maksudnya, pemimpin yang efektif mesti bersedia turun padang, sekali-sekala buat kerja yang dibuat oleh orang bawahan.

Lebih menarik, kata Tony;

My staff comes first,
Customer is second.

Menulis tentang Dato’ Sri Tony Fernandes, teringat semasa mengendalikan slot di Pulau Pinang untuk staf USM di Penag Golf Resort minggu lepas. Puan Salmiah, seorang wanita berjawatan pengarah tetapi menjadikan staf beliau sebagai keutamaanya di pejabat.

 

Dari kiri; Tuan Salleh (Pengacara majlis), Puan Salmiah (Pengarah), saya, Hafz (AJK Program) dan Tuan Hisyam (Penolong Pengarah)

Jika anda seorang pemimpin, boss atau apa jua yang sewaktu dengannya, yang mana satukah anda?

9 TIP BAGAIMANA JADI MESRA DALAM TEGAS (2)

Tuesday, April 21st, 2009

…senyuman adalah pengubat kepada keadaan tertekan dan meringankan beban yang dirasakan orang lain.

4. Tegas bukan marah. Dalam proses komunikasi seperti menyampaikan arahan, membuat sebarang penegasan, melarang atau menegah, cuba terapkan unsur tegas iaitu menyampaikan dengan cara jelas dan nyata. Sedarkan mereka tentang kesalahan mereka dengan bijaksana dan kasih sayang. Gunaka pendekatan PS2 (Prihatin, sangka baik dan sayang). Jangan marah-marah kerana signifikannya kelak akan memburukkan anda sendiri.

D:\My Documents\My Pictures\Animation\face action\lgsmileyface.gif

5. Murahkan senyuman. Salah satu caranya ialah dengan melontarkan senyuman. Bukan selalu tetapi kena pada tempatnya. Samada anda sedar atau tidak, senyuman adalah pengubat kepada keadaan tertekan dan meringankan beban yang dirasakan orang lain. Malah dalam agama Islam, pengkutnya percaya bahawa senyum merupakan sedekah yang paling mudah.

6. Melaksanakan apa yang dicakap.
Agama menegah daripada hanya tahu bercakap tetapi tidak melaksanakan apa yang dicakap. Justeru, di dalam menjadi pemimpin yang mesra dan tegas, anda harus menjaga lidah dan menjaga tingkah laku iaitu melaksanakan apa yang dicakap.

(Bersambung)

9 TIP BAGAIMANA JADI MESRA DALAM TEGAS (1)

Monday, April 20th, 2009

  1. Anda mahu menjadi tegas tapi bimbang dikatakan garang dan ditakuti?
  2. Anda mahu dihormati bukan disegani?
  3. Adakah tegas ertinya anda mesti marah, tidak senyum dan menghukum?


Mungkin tip di bawah boleh membantu anda:

D:\My Documents\My Pictures\Animation\face action\AG00301_.GIF1. Mempunyai prinsip dan pendirian. Anda harus mempunyai prinsip kerana ia akan menghasilkan pendirian. Berpegang teguh dengan prinsip anda supaya anda tidak menjadi lalang yang bergerak ke mana-mana tatkala ditiup angin. Sebagai pemimpin, tanpa prinsip maka kepemimpinan anda dilihat tidak ke mana, kacau bilau dan keputusan sentiasa berubah. Namun, jangan lupa agar memastikan prinsip anda adalah betul mengikut landasan ajaran agama.

2. Tidak mudah goyah. Anda mesti tetap pada pendirian anda. Jangan mudah goyah. Menjadi pemimpin ertinya anda akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan suasana. Jangan hanya disebabkan cakap-cakap orang, maka ia dapat merubah pendirian dan apa jua keputusan anda mudah-mudah.

D:\My Documents\My Pictures\Animation\face action\AG00305_.GIF3. Yakin dan percaya pada fakta dan kenyataan. Paling penting ialah apa jua maklumat yang ingin disandarkan mestilah bersandarkan fakta dan kenyataan. Jangan percaya hanya pada khabar angin. Ertinya, mungkin anda boleh mengubah sesuatu keputusan atau pendirian.

(Bersambung…)

LATIHAN MELALUI SIARAN LANGSUNG

Tuesday, March 10th, 2009

Pesan penerbit rancangan Siaran Langsung Maulidur Rasul 2009, Kak Saniah;

Bila siaran langsung, kita boleh rancangan macam-macam dengan cantik. Tetapi kita tidak tahu apa yang bakal berlaku nanti. Yang penting ialah tugas pengacara untuk menjadikannya seolah tidak ada apa-apa masalah. Penerbit tak boleh buat apa-apa melainkan memberi arahan kepada pengacara melalui ‘earpiece’. Akhirnya, bergantung kepada pengacara ‘bagaimana’ untuk melaksanakan arahan penerbit.

Itu pesan Kak San.

Mengacarakan rancangan sambutan Maulidur Rasul 2009 merupakan kali ke-3 saya mengacara sebuah rancangan secara langsung. Namun, masih banyak yang saya pelajari, rasa jantung berdebar masih lagi tidak dapat dikawal. Bertanyakan rakan-rakan saya yang menonton rancangan tersebut semalam, selain beberapa kritikan membina, al-Hamdulillah kebanyakannya mengatakan bagus.

Hehehe, walhal semasa di Studio 1 Angkasapuri, hanya Tuhan yang tahu betapa kelam kabut warga kerja menjayakan siaran langsung semalam. Termasuklah rakan setugas di Masjid Negara; Hafiz Hamidun dan Dataran Merdeka; Sufian Amrin (Saujana).

Apa pun, terima kasih buat Penerbit; Kak Hajah Saniah yang banyak saya pelajari dari beliau, Pembantu Penerbit; Su yang banyak membantu, tidak lupa juga buat rakan setugas, Liza, Hafiz dan sahabat lamaku, Sufian.

Salam Maulidur Rasul buat semua!

J:\MR1430 4.jpg

15 minit sebelum ke udara, sedang meneliti semula skrip. Berada di lokasi seawal jam 6 pagi.

J:\MR1430 3.jpg

Tepat jam 7.15pagi, ke udara secara langsung.

J:\MR1430 2.jpg

Terima kasih kepada rakan-rakan yang menonton dan memberi kritikan membina.

J:\MR1430 5.jpg

Bersama Ust. Rujhan dari Kiffah Motivation. Beliau adalah tetamu bual biacara ‘Nirani’ di studio.

J:\MR1430 7.jpg

Warga kerja penerbitan Siaran Langsung Maulidur Rasul 1430 Hijri bersamaan 2009 Masihi

SUDAHKAH ANDA MEMBUAT ORANG GEMBIRA HARI INI?

Monday, March 2nd, 2009

Prinsip ke-3 Magnet Diri ialah Setiap orang suka diterima, diiktiraf, dan dirasai kewujudannya.

D:\Documents\Pictures\Smile\smile 1.pngDalam erti kata lain, manusia tidak suka diri mereka terpinggir, tidak dipeduli, dihina dan direndah-rendah kemampuan mereka. Aagaknya, apa tindak balas anda jika anda diperlakukan sedemikian? Mungkin anda akan buat tak layan, tidak peduli, sedih, bermasam muka atau apa saja tindak balas negatif kerana manusia memang tidak suka dilakukan begitu!

Yang pasti anda tidak akan atau sangat sukar untuk senyum sebagai tindak balas

D:\Documents\Pictures\Smile\smile 3.jpg

Ya benar, jika anda mahu menjadi individu berpengaruh, individu yang memberi kesan kepada orang lain, anda mesti berusaha untuk membuat orang tersenyum. Secara psikologi, senyuman adalah respon positif seseorang dari perlakuan positif samada dari orang atau suasana yang positif.

D:\Documents\Pictures\Smile\smile 7.jpg

Dalam erti kata lain, senyuman menandakan seseorang itu gembira dan menerima dengan hati yang senang.

Oleh itu, sudahkah anda membuat orang gembira hari ini?

D:\Documents\Pictures\Smile\smile 2.jpgDalam buku Magnet Diri yang bakal diterbitkan tidak lama lagi, saya berkongsi banyak teknik bagaimana untuk membuat orang gembira. Antaranya Cipta Memori Manis dan Indah, Kukuhkan Impian Mereka!, Sebarkan kredit, Perkataan yang sesuai pada masa dan tempat yang sesuai, Tawarkan diri Kita yang terbaik, Kongsi rahsia Kita, Bersangka baik dan Fokus pada yang Positif, Jangan asyik pandang cermin! dan banyak lagi! Tunggu….

D:\Documents\Pictures\Smile\smile.jpg