Archive for the ‘Skill Memimpin’ Category

KEPUTUSAN SECARA BERPASUKAN

Monday, December 7th, 2009

Ragu-ragu dalam membuat keputusan? Takut ada orang lain tidak puas hati atau marah dengan keputusan anda? Sering goyah dan berubah-ubah dalam membuat keputusan?

Panduan Asas

1. Jangan bergopoh-gapah. Tergopoh-gapah adalah satu amalan buruk yang dikeji. Anda tidak harus kelam kabut dalam mengeluarkan satu-satu keputusan. Setiap kata-kata seorang presiden tidak sama dengan seorang pelajar biasa. Oleh itu, jangan gopoh dalam memutuskan sesuatu perkara. Berfikirlah secara rasional dan tenang. Kenal pasti apakah isu sebenar sebagai fokus yang ingin diputuskan.

2. Rasional dalam berfikir. Anda mesti ketepikan segala rasa dendam, marah dan emosional di dalam fikiran dan perasaan anda. Ini adalah kerana sifat-sifat sedemikian hanya akan mendorong anda untuk membuat keputusan hanya berlandaskan nafsu dan kemarahan. Keputusan sedemikian hanyalah sebagai suatu dendam atau menyalakan api kemarahan dan memburukkan lagi keadaan.

3. Analisa dan kajian. Janganlah malas dalam membuat kajian dan analisa. Ia boleh dibuat secara pantas atau mengambil masa yang lama bergantung kepada keadaan. Jika masa yang ada adalah amat panjang, buatlah kajian dengan mendalam. Sebaliknya, jika anda kesuntukan masa, kaji dan analisa pada pro (kebaikan) dan contra (keburukan). Mana-mana yang menghasilkan kebaikan terbanyak mesti diutamakan.

4. Jangan malu bertanya. Janganlah anda rasa segan atau malu bertannya semata-mata kerana anda seorang presiden. Anda akan dihormati jika anda bersikap rendah diri dengan bertanya sekiranya anda tidak yakin atau ingin mengetahui sesuatu. Oleh itu, janganlah rasa segan untuk bertanya guru-guru, atau teman sejawatan, atau rakan-rakan karib. Mungkin mereka boleh mengemukakan sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran anda.

5. Anggarkan kemungkinan kesan terburuk. Sebelum anda menghasilkan sesuatu keputusan, anda wajar untuk membuat beberapa anggaran. Selepas anda membuat kajian, analisa dan bertanya akan nasihat, buatlah anggaran sekiranya setiap satu dibuat, apakah kesan terburuk yang mungkin berlaku. Semakin sedikit keburukan kesan sesuatu itu, makin darjatnya makin baik. Begitulah setersunya.

6. Buat perbandingan untuk yang terbaik. Di kala itu, anda haruslah membuat perbandingan mana yang terbaik. Lihatlah pada kuantiti kebaikan dan keburukan, kesan jangka masa panjang dan pendek, siapa yang terlibat dan apakah reaksi orang lain khususnya pihak sekolah dan ahli persatuan anda.

7. Gunakan intuisi. Renung dalam-dalam ke dalam hati. Yang manakah yang anda rasa ‘secocok’ dan ‘serasi’? Sesuatu yang anda ‘rasakan’ sebagai satu keputusan yang baik. Mungkin faktor keimanan, agama, dan moral memainkan peranan ketika melakukan perkara ini.

8. Utamakan kepentingan umum. Ingatlah bahawa dalam apa jua tindakan anda, ketepikan kepentingan dir. Jangan sampai orang melihat anda mempergunakan persatuan untuk kepentingan peribadi dan kepuasan diri. Utamakan kepentingan umum iaitu persatuan dan sekolah anda.

9. Buat keputusan yang tepat. Buatlah keputusan yang terbaik dan paling cantik untuk dilaksanakan. Fikirkan matlamat jangka panjang dan jangka pendek yang boleh mempengaruhi hidup anda. Laksanakan setiap keputusan dengan berdisiplin dan dedikasi. Buatlah pemerhatian yang teliti terhadap setiap keputusan, agar ianya tidak hanya tinggal sebagai keputusan.

10. Cipta pelan tindakan. Keputusan sahaja tidak mempunyai makna kalau anda tidak tahu bagaimana hendak melaksanakannya. Buatlah pelan tindakan. Apa yang perlu dilakukan? Apa peralatan yang perlu? Siapa yang bertanggungjawab? Bila akan dilakukan? Bagaimana kaedahnya? Berapa lama tempohnya? Apakah standard yang diharapkan? Apakah pelan alternatif yang ada?

11. Usahakan kata sepakat. Jika anda membuat keputusan secara bersama, carilah kata sepakat dengan rakan-rakan yang lain. Kata sepakat sangat penting untuk memberikan momentum yang besar kepada sesuatu keputusan itu. Berbanding dengan keputusan majoriti, kata sepakat akan memastikan tiada ‘cakap-cakap belakang’ yang memperlekehkan keputusan tersebut. Kata sepakat juga menunjukkan bahawa keputusan itu perlu dipatuhi oleh semua warga organisasi. Dalam sistem perundangan Islam, kata sepakat, atau Ijma’ dianggap sebagai salah satu sumber perundangan Islam yang ketiga.

12. Bertekad, berusaha, dan bertawakal. Tiga syarat ini sangat penting setelah anda membuat keputusan. Membuat keputusan penting, tetapi melaksanakan keputusan juga sangatlah penting. Keputusan tanpa tindakan ibarat pohon yang tiada kegunaan. Oleh itu, lakukanlah sekarang!

Jangan lupa…

Membuat keputusan ertinya anda berhadapan antara kejayaan atau kegagalan. Tidak ada lorong tengah yang menjadi hasil dalam membuat keputusan. Sebab itu anda mesti mempunyai keberanian untuk membuat keputusan. Walaupun hasilnya gagalnya, sekurangnya anda sudah berjaya menjadi seorang yang berani. Berani untuk gagal!

PRINSIP MAGNET DIRI

Tuesday, June 9th, 2009

1. Semua orang adalah kawan. Tiada musuh, walaupun musuh sekalipun.

Seringkali kita terperangkap dengan prinsip bahawa untuk menang, kita mesti mengalahkan orang lain. Untuk hebat, kita mesti menjadikan orang lain kurang hebat. Untuk berjaya, perlu lebih dahulu menyekat orang lain untuk berjaya lantas kegagalan orang lain menjadikan kita berjaya, untuk jadi pengaruh maka perlu terlebih dahulu jadikan orang lain kurang berpengaruh dan mudah dimanipulasi. Sikap sebegini hanya akan menghasilkan permusuhan dan seteru. Pengaruh sebegini tidak kekal lama. Pengaruh yang berdasarkan kepada Magnet Diri ialah untuk menang, kita mesti pastikan orang di keliling kita juga menang, untuk berjaya kita mesti bantu orang untuk berjaya.

Untuk jadi berpengaruh, Magnet Diri memastikan orang lain juga berpengaruh

2. Setiap orang adalah unik, maka saya perlu menerokai dan berusaha untuk menghargainya.

Rentetan daripada itu, Magnet Diri tidak membenarkan seseorang memandang rendah atau memperlekeh sesama manusia. Individu Magnet Diri sangat menghargai setiap perbezaan manusia. Perbezaan tidak dilihat sebagai masalah atau punca kelemahan. Sebalik perbezaan dilihat sebagai kekuatan yang boleh dibentuk dan menghasilkan momentum yang luar biasa dalam kehidupan. Perbezaan itu adalah keunikan yang mesti diberikan keutamaan, focus dan dihargai dengan segala cara di setiap masa, di mana sahaja..

3. Setiap orang suka diterima, diiktiraf, dan dirasai kewujudannya.

Tidak ada siapa pun di dunia ini yang suka hidup terpinggir. Manusia dicipta untuk saling memerlukan dan saling lengkap melengkapi. Manusia saling bergantung sesama sendiri untuk menjadikan hidup lebih bermakna. Sudah pasti manusia amat kecewa dan hampa jika kewujudannya dipinggirkan dan dipulau oleh masyarakat. Magnet Diri sangat menekankan agar manusia menghargai sesama manusia dengan bukti iaitu membuat mereka rasa diterima, diiktiraf dan dirasai kewujudan manusia yang lain.

ilusrtrasi-9kecil

LEADERS MUST READY TO MAKE THEIR HANDS DIRTY

Wednesday, May 27th, 2009

Yang Negatif

Sebutkan sifat typical boss anda di pejabat;

  1. Berlagak
  2. Suka mengarah
  3. Ekslusif
  4. Tidak memahami pekerja
  5. Hanya dia yang betul

Dan banyak lagi…

Yang Positif

Dato’ Sri Tony Fernandes semasa menyampaikan ucaptama di Konvensyen Nasional MAPS membongkarkan bagaimana beliau merekrut staff di Air Asia. Ada yang bermula sebagai ‘flight attendace’ dan kini menjadi juruterbang Air Asia.

Bagi Tony, beliau tidak memandang langsung pada ijazah yang dimiliki oleh stafnya. Sebaliknya melihat pada potensi.

Bagaimana beliau bertemu dengan potensi yang beliau maksudkan?

Kata Tony, beliau sentiasa turun ke akar umbi, kurang gemar memakai sut jaket, kemeja dan bertali leher. Sebaliknya berpakain sederhana agar disenangi dan mudah didekati oleh semua orang. Tony sendiri acapkali menjalankan tugas angkat beg di lapangan terbang kerana pada pandangan beliau, dengan cara inilah beliau akan dapat mengenali dan menemui potensi staf-staf di Air Asia.

Kata Tony,

LEADERS MUST READY TO MAKE THEIR HANDS DIRTY

Maksudnya, pemimpin yang efektif mesti bersedia turun padang, sekali-sekala buat kerja yang dibuat oleh orang bawahan.

Lebih menarik, kata Tony;

My staff comes first,
Customer is second.

Menulis tentang Dato’ Sri Tony Fernandes, teringat semasa mengendalikan slot di Pulau Pinang untuk staf USM di Penag Golf Resort minggu lepas. Puan Salmiah, seorang wanita berjawatan pengarah tetapi menjadikan staf beliau sebagai keutamaanya di pejabat.

 

Dari kiri; Tuan Salleh (Pengacara majlis), Puan Salmiah (Pengarah), saya, Hafz (AJK Program) dan Tuan Hisyam (Penolong Pengarah)

Jika anda seorang pemimpin, boss atau apa jua yang sewaktu dengannya, yang mana satukah anda?

DOING SOMETHING FOR A REASON

Friday, April 3rd, 2009

Kerap juga saya dijemput oleh persatuan-persatuan pelajar samada untuk mengendalikan bengkel mahupun menyampaikan ceramah tentang pengurusan organisasi. Sebenarnya, saya memang suka berjumpa para mahasiswa kerana pada diri mereka terdapat infiniti harapan masyarakat. Mahasiswa adalah aset negara yang mesti dibentuk agar mereka tidak menjadi liability negara bila tamat belajar, malah mendatangkan keuntungan dari segenap aspek.

Cuma terkadang saya terasa sedikit terkilan dan hampa kerana melihat sikap dan cara berfikir mahasiswa umpama budak sekolah menengah. Saya tidak menafikan wujud kumpulan mahasiswa yang sangat idealis, berjiwa besa, cara berfikir mereka hebat, berpotensi sebagai pemimpin masa depan negara… namun disebabkan terlalu ramai mahasiswa yang ‘bermentaliti sekolah menengah’, mahasiswa-mahasiswa hebat yang saya nyatakan tadi tenggelam.

J:\UKM 1.jpg

Sindrom ‘mentaliti sekolah menengah’ turut meresap dalam pemikiran mahasiswa-mahasiswa berpersatuan. Sebab itulah setiap kali saya mengendalikan slot pengurusan organisasi, saya menekankan betapa pentingnya para penggerak organisasi bermula dari yang teratas hingga kepada yanb terbawah, MESTI memahami matlamat @ visi organisasi.

Kefahaman itu mestilah mendalam sehingga menjadi darah daging. Fahami;

Apakah apa yang IMPIAN organisasi

Dan fahami juga

Kenapa organisasi WUJUD @ Apakah yang paling teruk berlaku jika organisasi anda tidak wujud

J:\UKM 2.jpg

Organisasi akan bergerak terus tanpa tergelincir dari landasan sekiranya pemimpin dan ahli tahu dengan jelas apakah yang mereka ingin capai untuk organisasi. Barulah tatkala bekerja untuk organisasi, kita melakukan sesuatu kerana sebab, bukan kerana kekaburan yang mengakibatkan organisasi lembap, tidak bermaya dan tiada tarikan istimewa.

J:\UKM 3.jpg

Lebih menakutkan bila duit banyak habis, tenaga banyak habis, masa banyak habis, akhirnya bila dianalisa, orang masih tidak merasai organisasi anda, ahli makin susut dan keuntungan makin mengucup malah mengalami kerugian demi kerugian.

Inilah akibat bila melakukan sesuatu tanpa sebab

BEGIN FORM THE END OF MIND

Wednesday, February 25th, 2009

Jemputan program tetapi tidak jelas siapa panelis

Beberapa hari yang lalu saya dihubungi oleh seorang siswi dari sebuah universiti awam tempatan. Tujuannya untuk menjemput menjadi panelis forum pada Jumaat ini. Tajuk sudah ada cuma bila saya tanya siapa panelis yang lain, jawabnya belum diputuskan lagi. Saya jawab “ok” kerana pada malam tersebut jadual saya kosong selepas jam 9 malam.

Jemputan program tetapi tidak jelas modus operandi

Keesokan harinya saya dihubungi semula oleh siswi yang sama. Katanya format program berubah. Asalnya forum bertukar menjadi talk saya seorang. Kali ini, tajuk pula belum dipastikan kerana berlaku pertukaran walaupun tidak sampai 24 jam sebelum ini, tajuknya sudah ada. Saya masih menjawab “Ok”.

Program BATAL!

Semalam (24 Februari 2009), saya dimaklumkan oleh siswi yang sama menyatakan program terpaksa dibatalkan! Saya masih menjawab, “Ok”.

Program tiba-tiba jadi semula

Pagi tadi saya menerima sms oleh siswi yang sangat berdedikasi dan rajin belajar mengurus program menyampaikan berita pada saya bahawa program ingin diadakan semula kerana pihak HEP universiti telah meluluskan kertas kerja program. Kali ini saya tidak mampu menjawab “ok” kerana beberapa sebab;

Sebab 1

Ada program lain di Putrajaya yang hubungi saya di saat akhir dan saya mesti berlaku adil lalu menerimanya kerana program asal yang saya ceritakan dari awal tadi sudah batal

Sebab 2

Saya rasa sangat terkilan dengan cara pengurusan program adik-adik kampus.

Management by Objective @ M.B.O. sekadar mainan bibir?

Saya sangat percaya kepada kuasa matlamat atau yang disebutkan oleh Covey sebagai ‘Begin from the end of mind’. Malah setiap kali saya turun ke kampus untuk bersama pemimpin universiti, saya sering menekankan prinsip organisasi yang ‘VISION ORIENTED’.

Organisasi yang bermatlamat jelas dan sentiasa fokus pada matlamat tidak akan tersasar dari tugas utama (Core Business) organisasi. Program-program akan dilaksana berpandukan matlamat organisasi dan objektif biro dalam organisasi.

Contohnya, Organisasi A mempunyai matlamat ABC.

Maka semua jentera dalam organisasi dari Presiden hinggalah ke biro-biro atau sekretariat atau apa saja namanya akan dipandu oleh matlamat tersebut. Segala aktiviti, program dan kegiatan adalah menuju ke arah matlamat ABC.

Contohnya, Biro B ingin mengadakan program. Jadi soalan berikut mesti ditanya;

  1. Adakah program tersebut membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, jangan buat program tersebut
  2. Jika ya, adakah pengisian program membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, fikirkan apakah pengisian yang relevan.
  3. Jika ya, bagaimanakah cara dan bila mahu melaksanakannya.

Saya bertanya pada diri saya kenapa persatuan dari kampus tadi menjemput saya sedangkan belum pasti jenis program (forum atau ceramah individu) dan tajuk untuk dibincangkan? Adakah ini caranya pengurusan yang disebut Management by Objective @ M.B.O yang sangat popular di bibir warga kampus?

Apa pun, buat adik-adik saya di kampus-kampus khususnya di tanah air, jadikan alam kampus sebagai satu perjalanan dan akademi yang mempersiapkan diri bukan sahaja dari dimensi yang melengkapkan syarat memperoleh segulung ijazah, malah anda akan bergraduasi sebagai orang yang berbeza dari orang di hari pertama anda melangkah ke universiti. Pengetahuan anda bertambah dan kemahiran anda pelbagai.

Mungkin entri ini adalah sebahagian dari perjalanan itu untuk anda dan juga untuk saya. Best of wishes to all of you!

C:\Documents and Settings\AMIN\Desktop\Mesra.jpg

Kenangan bersama sahabat-sahabat lama. Kami bersama belajar memimpin dan mengurus organisasi sejak di matrikulasi. Dari kiri, Tarmimi (guru pendidikan khas), Muhtar (Engineer di Shell, Sarawak), saya, Effie (PTD di Jabatan Peguam Negara) dan Roshayati (peguamcara dan peguambela di Kelantan)

THE LAW OF PROCESS

Tuesday, December 16th, 2008

Bermula semalam, saya dan team RK berada di Kalumpang Resort untuk mengadakan program kepimpinan mahasiswa.

Kali ini kami cukup beruntung kerana dijemput untuk bekerjasama dengan MAP Training di bawah Dr. Tengku Asmadi yang sudah berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang training.

Sudah pasti, cukup banyak kami belajar dari mereka khasnya untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan pengurusan bisnes training.

Di akhir program, saya berkongsi dengan pelajar bahawa menjadi pemimpin, satu prinsip yang kita tidak boleh ketepi dan nafikan ialah THE LAW OF PROCESS.

Menjadi pemimpin hebat, tiada jalan pintas.
Menjadi pemimpin hebat, mesti lalui jalan berliku.
Menjadi pemimpin hebat, mesti banyakkan ilmu.
Menjadi pemimpin hebat, mesti berani didedahkan dengan pelbagai pengalaman

TIp menghadapi semua di atas ialah dalam otak kita mesti ada ‘LEARNING MENTALITY’.

I:\SPIES 15.8.jpg

I:\SPIES 15.8 (5).jpg

I:\SPIES 15.8 (6).jpg

THE OBAMA FACTOR & BLUE OCEAN STRATEGY

Wednesday, November 5th, 2008

D:\My Documents\My Pictures\senatorbarackobama.jpgObama yang mewakili Parti Demokrat memenangi pilihanraya Presiden Amerika dengan kelebihan undi sebanyak 60,603,177 berbanding seterunya dari Parti Republikan; John McCain yang memperoleh undi sebanyak 54,228,228.

Rekod sejarah kerana Obama

  1. Kemenangan Obama mencatat sejarah baru dunia secara umum dan Amerika secara khusus iaitu Presiden pertama yang bangsa kulit hitam. Sebelum ini belum pernah ada Presiden AS dari bangsa berkulit hitam dalam sejarah lipatan sejarah Amerika.
  2. Obama juga mencatat sejarah sebagai Presiden Amerika pertama dari parti Demokrat yang berjaya memperoleh undi popular melebihi 50% sejak kali terakhir dilakukan oleh Jimmy Carter pada tahun 1976.
  3. Menjadi senator pertama yang dipilih untuk terus menjadi Presiden selepas John F. Kennedy pada tahun 1960 (dari seorang peguam kemudian ahli senator dan terus menjadi Presiden AS).
  4. Obama turut mencatat sejarah kerana menang di kawasan-kawasan yang tidak pernah mengundi calon Demokrat selama 44 tahun iaitu di Indiana dan Virginia,
  5. Ohio and Florida yang menjadi kunci utama kemenangan Bush sebelum ini jelas memihak pada Obama.
  6. Begitu juga Pennsylvania yang menjadi kubu McCain jatuh ke tangan Obama.

Apakah faktor yang menyebabkan kemenangan ‘besar’ Obama yang sebenarnya mempunyai sedikit pengalaman di peringkat antarabangsa berbanding McCain? Kenapa rakyat Amerika sanggup memberi undi kepada calon muda, kurang berpengalaman berbanding calon yang jauh berpengalaman seperti McCain?

Saya percaya, kemenangan Obama antara lain berpunca banyak faktor. Saya berpandangan rakyat Amerika berjaya dipengaruhi oleh Obama kerana ‘the blue ocean factor’.

Blue Ocean Strategy

Blue Ocean Strategy ialah mencipta gelanggang baru berbanding bertarung dalam gelanggang yang sudah sedia ada yang mengandungi gergasi-gergasi yang sudah lama menguasai gelanggang tersebut. BOS ialah mencipta persaingan yang relevan melalui gelanggang atau ruang yang belum dikuasai sebelum ini. Obama tidak menggunakan Red Ocean kerana ia bermaksud mencipta persaingan dalam gelanggang yang sudah wujud dan dikuasai oleh gergasi-gergasi lama. Akibatnyaialah risiko persaingan ‘berdarah’ dan kerugian besar.

  1. Di kala McCain menggagaskan agar ekonomi Iraq mesti dipulihkan, Obama pula menggagaskan agar tentera AS terus berundur terus dari Iraq.
  2. Paling asas ialah di kala Mc Cain muncul sebagai tokoh berpengalaman dengan imej ‘old-timer’, Obama muncul dengan imej segar, muda dan dari bang berkulit hitam (inilah perbezaan yang paling ketara!).

Di Malaysia, muncul juga beberapa tokoh politik yang berjaya kerana ‘Strategi Laut Biru’. Antaranya ialah seorang tokoh dari Kelantan. Beliau muncul dengan cara yang cukup berbeza. Di kala para ahli politik bermegah dengan bersongkok dan berpakaian sut dan tali leher, beliau muncul dengan berjubah dan berserban. Di kala para ahli politik seringkali

menggunakan hujah ekonomi dan pembangunan dalam ucapan, beliau muncul dengan menggunakan hujah wahyu sebagai daya tarikan ucapan.

Keutuhan beliau berpegang kepada ajaran wahyu sangat kuat sehinggakan majalah The Off Edge keluaran November 2008 meletakkan tajuk ‘God, Politics, everything’ sebagai tajuk uatama muka depan dan wawancara bersama tokoh ini.

D:\My Documents\My Pictures\Tok Guru The Off Edge 2.jpg

D:\My Documents\My Pictures\Tok Guru The Off Edge.jpg

Inilah persamaan antara MB Kelantan dan Presiden AS yang baru. Masing-masing mempunyai kuasa pengaruh yang cukup hebat kerana keupayaan untuk muncul ‘lain dari yang lain’. Beza antara mereka? Ada 1001 perbezaan yang boleh saya timbulkan, tetapi biarlah ia dibicarakan oleh mereka yang berfikiran ‘topi hitam’.

IKAN BURUK

Sunday, November 2nd, 2008

Pepatah Russia pernah menyatakan

A fish rots from the head.

Begitu juga dalam organisasi. Sesebuah organisasi adalah bayang kepada pemimpin. Kejayaan organisasi dan pasukan banyak bergantung pada pemimpin. Menurut John C. Maxwell dalam buku terlaris beliau ’21 Irrefutable Laws of LEadership’,

Daya memimpin ialah keupayaan menentukan tahap keberkesanan seseorang.

Tambah Maxwell lagi;

Tunjukkan padaku pasukan yang kecewa akan kutunjukkan pemimpin yang lemah
Tunjukkan padaku organisasi yang berfungsi bawah tahap sebenar akan kutunjukkan pemimpin yang lemah
Tunjukkan padaku gerakan dakwah yang ketinggalan akan kutunjukkan pemimpin yang lemah
Tunjukkan padaku pasukan yang kalah berterusan akan kutunjukkan pemimpin yang lemah

Tetapi…

Tunjukkan padaku pasukan yang sentiasa fokus akan kutunjukkan pemimpin yang hebat
Tunjukkan padaku organisasi yang berfungsi pada tahap maksima akan kutunjukkan pemimpin yang hebat
Tunjukkan padaku gerakan dakwah yang proaktif akan kutunjukkan pemimpin yang hebat
Tunjukkan padaku pasukan yang menang akan kutunjukkan pemimpin yang hebat

Menurut Peter Drucker;

Semangat sesebut organisasi dicipta dari atas (pemimpin)

Pepatah Arab pula ada menyatakan;

Sikap manusia terpengaruh pada cara hidup pemimpin

Ada yang tak setuju? Apa pendapat anda?

KEPERCAYAAN SEORANG PEMIMPIN

Tuesday, October 28th, 2008

Pemimpin hebat mendapat inspirasi daripada idea-idea dan kepercayaan yang hebat. Setiap pemimpin memerlukan falsafah yang teguh, disokong oleh kepercayaan yang kukuh yang menjadi pemandu sikap dan tindakan pemimpin tersebut. Di sini saya berkongsi 11 kepercayaan saya;

  1. Pemimpin DIBENTUK MAHIR bukannya terus DILAHIR
  2. KEMAHUAN umpama pemerintah! Kita dicipta secara fitrah untuk membuat apa yang kita suka.
  3. KEPERCAYAAN adalah asas dalam kepemimpinan. SIKAP membentuk kepercayaan dan KEPERCAYAAN memperkasakan kepimpinan
  4. Sentuh hati dahulu sebelum menuju kepada minda seseorang.
  5. Kuasa memimpin tidak datang bila kita dilahirkan. Ia datang dari dalam diri melalui sikap dan pemikiran yang perlu dibentuk dan dibina.
  6. Anda MEMIMPIN manusia dan MENGURUS benda
  7. Pemimpin hanya jadi EFFEKTIF bila mereka fokus pada KEKUATAN
  8. Kepemimpinan adalah PILIHAN!
  9. Kepemimpinan adalah PENGARUH, bukannya KEDUDUKAN
  10. Kepemimpinan adalah TANGGUNGJAWAB, bukannya KEMULIAAN
  11. Anda perlu kuasai KEMENANGAN DIRI sebelum menguasai KEMENANGAN ORANG LAIN

Bagaimana dengan anda? Apakah kepercayaan yang menyokong falsafah kepemimpinan anda?

KEPERCAYAAN MELALUI INTEGRITI

Thursday, October 23rd, 2008

Pemimpin akan sentiasa bertanggungjawab membina jaminan dan kepercayaan kepada para pengikutnya. Ia hendaklah memberi kesan yang mendalam, moral yang tinggi dan nilai etika untuk memperolehi kepercayaan pengikut. Pemimpin melahirkan dan menanggung kepercayaan melalui;

1. Kesetiaan (Loyalty)
Tidak kira apa saja yang dihadapai oleh [pemimpin, mereka tidak akan membuat perkara yang lain dalam kumpulan. Mereka tetap berterusan dan keselamatan.

2. Tidak berpegang pada N.A.T.O (No Action Talk Only)

Pemimpin akan laksanakan apa yang dikatakan. Tidak terdapat halangan antara teori yang di ambil dan yang dilakukan. Sifat moral mereka didapati didalam perangai mereka.

3. Penyokong Setia (Reliability)

Pemimpin sentiasa ada apabila diperlukan, mereka bersedia untuk menyokong pekerjanya ketika diperlukan.

4. Berpegang pada kata-kata (Man with his words)

Pemimpin akan jujur dengan komitmen dan janjinya. Mereka beretika dalam hubungan.

Sudahkah kita memiliki kualiti-kualiti di atas?