Archive for the ‘Tip Trainer’ Category

MAPS NATIONAL CONVENTION 2010 & MOTIVATOR SEGERA

Tuesday, May 11th, 2010

Konvensyen Kebangsaan Malaysian Association of Professional Speakers sudah pun melabuhkan tirai. Konvensyen tahunan ini bermula 10 Mei diisi dengan pelbagai tajuk ceramah dan bengkel yang banyak membantu karier sebagai seorang speaker dan juga trainer.

Antara yang menarik ialah tajuk ‘Aspiring to be a Speaking Star’ oleh Presiden National Speakers Association; Phillip Van Hooser, ‘From $0 to $100,000 in 354 days’ oleh Presiden Global Speakers Federation; Lindsay Adams, ‘Exploring yourself for Victory – Media & Marketting for Speakers, Trainers & Coaches’ oleh Tim Wade; Presiden Asia Professional Speakers Singapore, ‘Staying Relevant with Creativity, Innovation & Branding’ oleh Puan Juniwati Rahmat Hussin, Naib Presiden Jabatan Pendidikan Petronas dan banyak lagi.

Menjadi trainer memang mudah tapi bukan mudah.

Lebih 1/3 daripada peserta adalah mereka yang baru bermula untuk menjadi trainer dan speaker. Satu perkara yang menarik ialah mereka tidak berkira untuk membayar yuran konvensyen ini sebanyak RM 988 kerana bagi mereka, untuk menjadi trainer yang berkualiti memerlukan latihan dan pendedahan yang berkualiti. Dalam erti kata lain, bukan hanya pandai berceramah semata-mata maka terus menjadi justifikasi untuk menjadi trainer. Sebaliknya mereka sedia berhabis wang untuk memperoleh hasil yang berlipat kali ganda.

Memang bukan susah untuk menjadi motivation speaker dan juga trainer. Ramai yang beranggapan jika pandai berkata-kata dan mengendalikan slot ceramah sehingga 3 jam tanpa henti, maka terus daftar syarikat di SSM untuk menjalankan bisnes latihan dan motivasi. Maka lahirlah motivator segera. Memang mudah. Tidak ada akta yang menetapkan syarat minimum untuk menjadi seorang trainer.

Tapi bukan mudah juga untuk kekal relevan kerana;

  1. Saingan dari syarikat konsultan yang sudah establish sangat mencabar
  2. Syarikat konsultan yang semakin banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan

Kedua-dua cabaran di atas bukan mudah untuk diharungi. Tetapi ada caranya iaitu kualiti. Semakin berkualiti mutu penyampaian, modul, pengurusan syarikat dan penjenamaan sesebuah syarikat konsultan itu, maka semakin besar peluang untuk terus kekal kukuh dan tidak mustahil boleh laku sehingga di peringkat antarabangsa!

Rajin-rajinlah mencari peluang untk menjadi PESERTA dalam apa jua program, bengkel, seminar yang menajamkan kemahiran sebagai trainer. Rajin-rajinlah berkenalan dan belajar dari tokoh-tokoh trainer yang berpengalaman.

Buat rakan-rakan trainer, ayuh ‘pertajamkan mata gergaji’!

Bersama Lindsay Adam, Presiden Global Speakers Federation

Bersama Philip Van Hooser, Presiden National Speakers Association USA

ELEMEN TERPENTING MEMPENGARUHI MELALUI PERBUALAN TELEFON

Wednesday, February 3rd, 2010

Menurut kajian Mehrabian, dalam komunikasi untuk mempengaruhi orang, elemen terpenting ialah faktor fisiologi iaitu 58%, manakala suara 35% dan perkataan yang disebut hanyalah 7%. Walau bagaimanapun, dalam komunikasi yang tidak berbentuk fizikal contohnya perbualan telefon, jumlah peratusannya ialah terbalik iaitu:

  • Perkataan yang disebut 58%
  • Suara 35%
  • Fisiologi 7%


Kes studi;

Sejak 2 minggu yang lalu,  saya dihubungi oleh seorang agen insurans. Tak perlulah saya sebut syarikat mana. Dia menawarkan plan perancangan kewangan. Dia meminta alamat email saya untuk diberikan maklumat tersebut dan saya tidak menolaknya malah dengan mudah memberikan alamat email kerana faktor suaranya yang kedengaran positif dan intonasinya sederhana.


Namun saya masih belum mebuat keputusan lagi samada mahu menerima tawarannya atau tidak.

Dia kemudian menghantar email info tersebut kepada saya. Apabila membaca email, saya mula rasa tertarik. Tetapi saya masih belum mebuat keputusan lagi samada mahu menerima tawarannya atau tidak. Ada satu ‘key moment’ atau peritiwa paling penting yang mendorong saya untuk membuat satu keputusan.

Saya sangat rasa ‘insulted’ semasa perbualan telefon dengan agen insurans itu semalam. Ketika itu saya sedang memandu dan saya minta untuk dihubungi pagi ini. Dia setuju tetapi selepas itu dia tanya;

“Tak bunyi enjin kereta pun?”. Dalam erti kata lain, dia seolah berkata saya ‘menipu’ untuk elak dari berbual dengan dia dalam telefon. Saya terpaksa membunyikan hon kereta untuk membuktikan saya sedang memandu.

Bila dia hubungi saya sekejap tadi, tanpa berfikir panjang saya terus menolak!

Kesimpulannya, perkataan yang disebut memainkan peranan sangat penting ketika dalam perbualan telefon kerana kita tidak nampak bahasa badan yang dilakukannya secara fizikal. Yang memainkan peranan hanyalah suara dan perkataan.

SURAT KHABAR

Saturday, December 6th, 2008

Surat khabar adalah salah satu medium untuk kita mengetahui perkembangan semasa yang berlaku dalam dan luar negara. Perkembangan surat khabar menjadi semakin maju dengan wujudnya surat khabar online.Apa pun, prinsipnya sama, ia membekalkan kita perkembangan semasa yang berlaku dalam dan luar negara.

Ada sesetengah orang termasuk beberapa yang ENGGAN membaca surat khbar kerana tidak suka dengan berita-berita negatif yang dilaporkan. Bagi mereka, surat khabar tidak memberi sumbangan dalam perkembangan dan pembangunan minda.

F:\Others\Blog\Amin di Sabah 2.jpgSaya pula adalah seorang yang sentiasa membaca surat khabar tiap-tiap hari. Kalau tak beli pun, sekurangnya saya membaca di warung-warung atau restoran semasa sarapan dsb.

Sebabnya kerana saya percaya;

  1. Hanya dengan mengetahui masalah masyarakat, kita dapat menemui ruang di mana punca masalah tersebut dan membantu menyelesaikannya.
  2. Tanpa mengetahui yang negatif, cukup sukar untuk kita melihat yang positif.
  3. Dan paling utama, sebelum Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul, Baginda mengasingkan diri dari masyarakat. Tetapi sebaik sahaja Baginda menerima watiha sebagai Rasul, Baginda turun ke medan masyarakat dan mengambil tahu masalah masyarakat tidak kira yang positif atau negatif.

Tanpa mengetahui ‘APA’, kadangkala sangat sukar untuk kita mengetahui ‘BAGAIMANA’, ‘BILA’, ‘SIAPA’ dan ‘BERAPA’.

Bagi saya, membaca akhbar juga sangat penting untuk trainer.

Bagaimana pula dengan anda? Anda membaca surat khabar setiap hari? Atau kadang-kadang? Atau anda langsung tidak percaya pada surat khabar? Anda mungkin ada sebab tersendiri. Apa pendapat anda? Sudi-sudilah berkongsi yer :)

‘MARA’ LAGI…

Monday, December 1st, 2008

Dalam bisnes training, repeat sale memang penting. Maksud repeat sale ialah kita mendapat pelanggan yang membeli produk kita setelah membelinya buat pertama kali dan seterusnya.

Memang banyak strategi untuk mendapat repeat sale. Tetapi ada satu fundamental atau syarat asas kepada repeat sale iaitu;

Berikan persembahan 200 peratus!

Alaa… common sense, walau apa pun strategi kita buat semasa matketting, tetapi bla tiba masa pelangan menerima khidmat kita buat pertama kali dan kita mempersembahkan produk kita ala kadar malah di baah kualti sepertimana dipromosikan, siapa-siapa pun bukan setakat tak mahu lagi membelinya, malah belum tentu pelanggan sedia membayarnya dengan puas hati.

Al-Hamdulillah, setelah program pertama bersama staf MARA pada 15 November yang lalu, sekali lagi aya dijemput untuk mengendalikan program sempena Hari Kualiti MARA. Kali ini untuk semua staf di bawah Unit Binaan dan Selenggara.

E:\Mara Unit BInaan.jpg

E:\Mara Unit BInaan (2).jpg

E:\Mara Unit Binaan (4).jpg

E:\Mara Unit BInaan (3).jpg

Terima kasih buat seluruh warga kerabat Unit Binaan dan Selenggara MARA khasnya buat uan Zain (Pengarah), Tuan Salleh, Tuan Megat dan Tuan Raja :)

ROSTERUM UNTUK PENCERAMAH, BUKAN TRAINER

Tuesday, October 21st, 2008

Setiap kali menghadiri program untuk mengendalikan training, saya cukup tidak suka menggunakan rosterum. Kenapa? Saya tidak menafikan kepentinan rosterum kerana memberi keyakinan kepada seseorang bila bercakap melalui posture yang selesa, tapi seorang trainer tidak wajar untuk melekat di rosterum.

Rosterum mungkin cukup penting bagi penceramah tapi bukan untuk trainer.

Tambahan pula, penceramah kontemporari sudah mula tidak bergantung pada rosterum. Jadi, jika tidak menggunakan rosterum, kita perlu belajar cara berdiri dan kreatif dalam pergerakan. Yang penting, jangan statik :)

I:\Motivasi UM 16.8.08.jpg

Ketika mengendalikan program motivasi di Universiti Malaya, 16 Oktober 2008

PESTA BUKU MALAYSIA 2008

Friday, August 1st, 2008

H:\Others\PBM_kepala.jpg

Pesta Buku Malaysia 2008 pada pandangan saya nampak ‘kurang’ meriah. Mungkin kerana level pesta buku ini adalah peringkat negara maka di namakan Pesta Buku MALAYSIA… maka expectation saya agak tinggi.

Ada beberapa ‘assumption’ saya tentang punca PBM tidak meriah;

  1. Memang silap saya kerana hari saya pergi adalah waktu orang bekerja
  2. Sekali lagi memang silap saya kerana saya pergi ke PBM sebelum majlis perasmian diadakan
  3. Memang HANYA Pesta Buku Antarabangsa yang pasti meriah
  4. Kerana ramai tak tahu dek kerana kurang promosi seperti radio, tv dan paling jelas di PWTC. Saya tak nampak satu pun ‘banner’ dan ‘bunting’ PBM semasa masuk ke PWTC dalam perjalanan ke pintu gerbang PBM. Yang kelihatan ialah ‘banner-banner’ acara lain sehingga saya keliru dan bertanya pada diri sendiri;

Betul ke Pesta Buku Malaysia kat PWTC? Adakah aku tersalah tempat?

Kesimpulannya… jika mahu berjaya dalam bisnes training, marketting yang bagus mesti dibuat supaya mereka yang menjadi potensi prospek atau pembeli tahu apa dan bagaimana untuk mendapatkan produk anda. Maksudnya; marketting yang disasarkan pada potential prospect pada masa dan tempat yang sesuai dan sepatutnya.

Apa pun, terima kasih kepada PTC kerana memberi peluang kepada saya dan Fadzli Yusof untuk sesi autograf signing bersama peminat dan pembeli buku-buku kami :)

F:\Pesta Buku Malaysia 08.jpg

TANYA APA PESERTA MAHU

Sunday, July 20th, 2008

17 Julai yang lalu, RK Training sekali lagi ke Kolej Komuniti Sabak Bernam. Kali ini sempena Program Orientasi untuk Pelajar Baru Diploma.

F:\KKSB 2\KKSB 2 (2).jpg

Dalam aktiviti ice-breaking, beberapa aktiviti ringan dibuat disusuli dengan bertanya peserta memandangkan semua peserta adalah di kalangan mereka berpengalaman bekerja dalam GLC;

Apakah yang mereka harap untuk belajar dalam program hari ini?

Saya menyenaraikan semua perkara yang mereka harap dapat belajar dan bila tiba giliran Fadzli Yusof, beliau memberi respon merujuk pada senarai tadi apakah yang sempat dan mampu diberikan kepada peserta.

Secara psikologi dan merujuk pada borang penilaian yang diisi peserta, mereka berasa cukup berpuashati kerana mereka memperoleh hampir semua yang mereka harapkan dan sebagai trainer, kita lebih fleksibel bila mengendalikan program latihan.

P.S: Pastikan anda membawa segala ‘kit-for-trainer’ agar tidak kering modal dan mampu memenuhi kehendak peserta sebanyak mungkin walau tidak semua.

Ini komen pensyarah yang juga pengurus program bersama RK Training; En. Syamsul

Program ini sangat baik. Cukup interaktif dan banyak aktiviti yang menjadikan program kendalian RK amat praktikal dan mudah difahami. Saya tidak nampak seorang pun di kalangan peserta yang bosan apatah lagi mengantuk sepanjang program selama sehari.

F:\KKSB 2\KKSB 2 (1).jpg

TRAINER BUKAN ‘STAR’

Wednesday, June 18th, 2008

Dalam satu bengkel bersama Sifu Puan Ainon, antara ‘pantang larang’ penting seorang trainer ialah;

Seorang trainer bukan umpama STAR

Maksudnya, matlamat utama trainer ialah bukannya sekadar menyebabkan peserta kagum dengan trainer sehingga memberi tepukan gemuruh, bergelak ketawa sepanjang program kerana terlalu menyukai cara trainer dan macam-macam lagi lagak yang memberi fokus pada trainer.

Sebaliknya dalam setiap program training, fokus utama ialah peserta. Apakah manfaat yang peserta peroleh SELEPAS program.

Tambahan pula, jika program training membabitkan staff sesebuah jabatan, boss yang menjemput trainer mengadakan training tidak mahukan pada peserta yang ‘bersuka-ria’ semata-mata sepanjang program. Memang seronok, tapi bukan itu yang boss mahukan.

Mereka mahukan HASIL!

Oleh itu, fokuslah pada peserta. Sentiasa fous apa yang peserta dapat belajar dan amalkan selepas program training.

Isu Autograf?

Timbul pula satu isu, bagaimana jika anda sudah fokus pada peserta dan mementingkan pada hasil, tiba-tiba datang peserta yang tetap kagum dan mahukan autograf dari anda.

Pandangan saya, jangan larikan diri. Luangkan masa memberikan autograf anda kerana ia juga menyumbang kepada hasil iaitu ia menjadi motivasi dan inspirasi kepada peserta. Mungkin mereka akan menjadikan anda sebagai role-model untuk jadi lebih baik! Malah ini menjadi sebahagian dari pelaburan anda di akhirat kelak.

P.S: Biasanya kes ini membabitkan peserta remaja.

F:\Others\Auto Sign.jpg

GAYA SEORANG TRAINER

Tuesday, June 3rd, 2008

First impression counts

Dalam dunia sebagai seorang trainer, pandangan pertama atau ‘first impression’ cukup penting. Ia menentukan persepsi pelanggan terhadap trainer. Melalui ‘first impression’, ia akan mempengaruhi sekurang-kurangnya 3 perkara ke atas trainer (saya namakan KDK);

1. Kredibiliti
2. Disiplin
3. Keyakinan

Bila mengadakan program training, amat penting bagi seorang trainer memecahkan tembok pemisah dengan para peserta. Jika trainer hadir dengan muka bengis dan selekeh, automatik peserta akan berasa sukar untuk menerima apa jua input oleh trainer.

Bagaimana untuk mewujudkan pandangan pertama atau first impression yang positif?

1. Berpakaian adaptif

Adaptif bererti berpekaian sesuai dengan kategori peserta, jenis majlis dan lokasi. Memandangkan saya kerap mengadakan training di kalangan remaja sekolah, pakaian kegemaran saya ialah

1. Kemeja
2. Kot
3. Tidak memakai tali leher

Catatan: Kolar kemeja saya akan keluarkan agar berada di atas kolar kot supaya nampak formal tapi santai.

Tip seterusnya? Tunggu… :)

D:\My Documents\My Pictures\PNB\PNB Ganu 1.jpg