Sekadar berkongsi…
Kisah 1:
Saya memberikan khidmat ceramah di sebuah jabatan kerajaan. Macam biasa, kena isi borang untuk tuntutan bayaran. Sebelum dan selepas ceramah, saya bertanya, perlukah saya berikan salinan ijazah (prosedur biasa jabatan kerajaan utnuk penceramah). Jawab ‘mereka’, “Tak perlu.”
3 minggu kemudian, saya follow-up pegawai yang menjemput. Jawapan beliau sangat memeranjatkan saya. Jawab beliau,
En. Amin kena isi borang semula. borang hilang!!!
Itu pun selepas saya follow-up. Jadi, saya dengan patuh mengisi borang semula. Selang 2 minggu kemudian, saya juga yang follow-up. Kali ini respon pihak terbabit sangat mengejutkan. Kali ini, katanya;
En. Amin, mohon salinan ijazah!!!
Sedangkan semasa ceramah dulu saya bertanya, perlukah saya berikan salinan ijzah (prosedur biasa jabatan kerajaan untuk penceramah). Jawab ‘mereka’, “Tak perlu.”
1 minggu selepas itu, bila saya menghubungi pihak jabatan (saya juga yang menghubungi), katanya dah bayaran dah dimasukkan ke dalam akaun. Saya periksa akaun saya 5 kali. Tapi tiada pun kemasukan.
Bila dihubungi semula pegawai terbabit, setelah disiasat dan diperiksa, rupanya dia tersalah ‘key-in’ nombor akaun saya. Dia cuba memberi alasan, saya tersalah mencatat no. akaun. Itu membuatkan saya sedikit terkilan kerana setelah terlalu lama urusan tertangguh, dia masih lagi cuba menyalahkan saya.
Sedangkan saya memilki salinan borang yang diisi di tangan semasa menghubungi pegawai itu. Lantas bila saya mengatakan sedemikian, barulah akhirnya dia mengaku salah. Minggu selepas itu, dia berkursus selama seminggu dan sehingga saat ini urusan masih belum selesai.
2. Kisah 2
Kali ini di jabatan lain. Setelah hampir sebulan saya bersangka baik bahawa segala urusan akan berjalan lancar, saya bertanya seorang rakan saya yang bertugas di jabatan tersebut.
Aduh… bermasalah lagi rupanya.
Ringkasnya;
- Tiba-tiba minta cop syarikat sedangkan sedangkan pada peringkat jempuan dulu, mereka mohon untuk jemput atas nama individu supaya harga dapat dikurangkan.
- Selang seminggu, bila saya follow-up, saya diminta fakskan salinan ijazah pula, walhal masa hari ceramah saya dah bawa tetapi pegawai terbabit kata tak perlu.
- Selang seminggu kemudian, ada masalah lain iaitu bahagian persetujuan ketua jabatan saya tidak ditandatangani. Sedangkan saya dah berithu dan nyatakan dengan jelas alam borang, saya kerja sendiri, saya tiada ketua jabatan.
- Selang seminggu kemudian, setelah saya juga yang menghubungi, tiba-tiba saya diminta fakskan surat menyatakan saya bersetuju menerima jemputan ceramah!!!
Sehingga saat ini urusan masih belum selesai.
Selamat Hari Pekerja