Archive for the ‘Pengumuman’ Category

TAMRIN SHARPEN THE SAW

Wednesday, June 16th, 2010

Memang mudah untuk menjadi perunding latihan dan motivasi di Malaysia. Tidak ada undang-undang yang menggariskan syarat-syarat khas dan ketat untuk menjadi perunding latihan dan motivasi. Sebab itu ramai yang berkeinginan menjadi perunding latihan dan motivasi. Namun tidak kurang juga yang berhenti kerana tidak tahan dengan cabaran pasaran, cabaran pesaing dan tidak ada pendapatan tetap seperti guru, pegawai bank, peguam, doktor, jurutera dsb.

Untuk terus laku, seorang perunding latihan dan motivasi perlu tahu apa yang patut mereka persiapkan diri, apa yang patut mereka terus miliki, terus lakukan secara konsisten dan apa yang mereka tidak boleh lakukan dan perlu tinggalkan.

TAMRIN atau Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia akan mengadakan program pertama di bawah projek TAMRIN Sharpen the Saw bagi tujuan membantu para trainer Muslim meningkatkan kemahiran dan kompetensi penyampaian sekaligus meningkatkan perjalanan bisnes training.

Program pertama TAMRIN STS adalah

  • Pada 27 Jun 2010
  • Jam 10 pagi hingga 1 tengahari
  • Di Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata
  • Tajuk ‘Check List for Professional Trainer’
  • Disampaikan oleh Puan Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan PTS
  • Yuran hanya RM20 sahaja. (Terlalu murah kerana pulangannya terlalu banyak! Dengan izin Allah)

Tempat adalah terhad! Daftar sekarang. Klik DI SINI

Tajuk-Tajuk Modul & Nama Trainer Pengendali

Profail Trianer



Jadual Program, Pendaftaran & Alamat Tempat Program

JUALAN GUDANG BUKU-BUKU PTS

Thursday, May 27th, 2010

Dapatkan buku-buku tulisan Amin Idris termasuk buku terbaru Magnet Diri dan juga pelbagai judul buku-buku PTS dengan diskaun sehingga 50% (untuk buku-buku terpilih) di Jualan Hujung Minggu PTS.

Tarikh: 29 Mei 2010
Hari:
Sabtu
Masa: 10 pagi hingga 6 petang

Semaikan budaya membaca bermula dari diri, rakan dan keluarga!

TAMRIN SHARPEN THE SAW

Sunday, May 16th, 2010

Selamat datang ke TAMRIN STS, sebuah program bulanan anjuran Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) untuk memantapkan kemahiran para ahlinya. Jadual program akan diumumkan secepat mungkin.

Program pertama TAMRIN STS akan diadakan pada 29 Jun 2010. Nantikan pengumuman dari kami.

SELAMAT HARI GURU

Sunday, May 16th, 2010

Guru ibarat TV3; Kaulah inspirasiku,
Guru ibarat NTV7: Kau ceria selalu,
Guru ibarat TV9; Kau Dekat di Hati,
Guru ibarat Astro; Macam-macam ada,
Guru ibarat RTM; Sumber Informasi Terkini…
Selamat Hari Guru buat semua pendidik di Malaysia…
Selamat Hari Guru buat Cikgu-cikgu, Naqib Usrah, Pensyarah dan semua yang pernah mendidikku.
Terima kasih Guru…

Ikhlas dari Amin Idris
SK Padang Garong
SK Pengkalan Chepa
SK Langgar
SK Sri Kiambang (1988 – 1993)
SMK Falahiah (1994 – 1998)
UIAM (1999 – 2005)

Kenangan terindah semasa di SMKA Falahiah, 1994 -1998

FITRAH KASIH 6 MEI 2010… CINTA MONYET & NURHAFIZAH

Thursday, May 6th, 2010

Fitrah Kasih kali ini membincangkan tentang isu Cinta Monyet dan kesan kepada gejala sosial di kalangan remaja. Selain saya, tetamu undangan ialah Lan (Vokalis Kristal) dan insterinya Ain. MEreka bercinta sejak tingkatan 2 dan berakhir di jinjang pelamin (tahniah Lan dan Ain!)

Anak-anak ibarat komputer

Sebuah komputer terdapat software seperti hard disk, mother board, ram, graphic card dan sebagainya. Perisiannya pula dipanggil sofware seperti Microsoft Windows, Microssoft Office, Adobe Photoshop, Winamp dan sebagainya. Sehebat mana hardware dan software sekalipun, ianya akan terdedah kepada bahaya, kerosakan dan kemusnahan sekiranya tiada antivirus.

Begitu juga dalam mendidik anak-anak. Pakaian seperti baju, seluar, kasut, tali pinggang, bedak, minya wangi dan yang sama waktu dengannya ibarat Hardware. Manakala Software pula ialah perasaan dan sikap seperti budi pekerti, ambil berat, kasih sayang dan sebagainya. Dunia kini semakin mencabar dengan pelbagai pendedahan negatif khususnya melalui media massa. Justeru mereka memerlukan antivirus untuk menagkis segala virus dunia. Antivirus yang dimaksudkan ialah akhlak dan prinsip berTuhan.

Pulanglah Nurhafizah

Itulah topik perbincangan selama 30 minit pertama. Manakala 30 minit seterusnya ialah slot mencari insan yang hilang atau juga boleh dipanggil jejak kasih (bukan rancangan Jejak Kasih di TV3 suatu ketika dahulu). Kali ini menyaksikan sepasang suami isteri dari Kedah yang kehilangan anak perempuan mereka sejak 2 bulan yang lalu.

Pertama kali selepas Fifi dan Hana yang mengacarakan rancangan ini memperkenalkan sepasang suami isteri ini dan setelah melihat klip video yang menayangkan gambar anak mereka yang hilang, lantas si isteri tidak dapat menahan sebak kerana sedih tidak tahu bagaimana lagi cara mencari anaknya yang hilang. Itulah naluri dan perasaan seorang ibu. Beliau tidak dapat bercakap kerana tidak dapat menahan sebak, lalu bapa Nurhafizah mengambil giliran untuk merayu supaya anaknya pulang.

Bagaimana fizah boleh hilang adalah satu soalan yang sukar dirungkai. Tapi apa yang pasti, Fizah hilang tanpa sebarang pesan.

Pulanglah Fizah… janganlah terlalu ikutkan rasa kerana akibatnya binasa. Ibu dan ayah fizah sangat merindui Fizah. Sama-sama kita doakan moga Fizah selamat kembali ke pangkuan bonda dan ayahandanya…

AMIN IDRIS BERSAMA HIJAZ DI KEMAMAN, TERENGGANU

Monday, May 3rd, 2010

Maklumat lanjut? Klik di sini

Sunday, April 18th, 2010

Tahun ini saya berpeluang sebanyak 3 kali turun ke Johor untuk mengadakan program di SMK Dato’ Penggawa Timur. Pertama untuk tingkatan 1 pada 6 Mac 2010, tingkatan 3 pada 10 April 2010 dan kemuncaknya pada 16 hingga 17 april untuk pelajar tingkatan 5 dan 6 atas.

Ada beberapa sebab yang menjadikan sekolah ini sangat istimewa;

  1. Walaupun pelajar sekolah ini terdiri dari pelbagai bangsa, tetapi tiada halangan untuk mereka untuk bersama-sama dalam apa jua aktiviti. Mereka nampak tidak kekok bersama. Khususnya pelajar tingkatan 5 dan 6, mereka umpama adik beradik walaupun berbeza bangsa dan agama.
  2. Komitmen guru adalah luarbiasa. Dan berdasarkan pemerhatian saya, ia bermula dari Pengetua yang begitu energetik, komitmen Pengerusi PIBG yang luarbiasa, ditambah lagi dengan sokongan Sime Darby yang menjadikan SMKDPT sebagai anak angkat mereka.
  3. Bukan apa, saya pernah jumpa pengetua dan guru besar yang sangat skeptikal, berfikiran negatif, tiada semangat berpasukan dan individualistik. Sungguh merugikan sekolah, bangsa, negara dan agama!
  4. Dan selama 4 tahun pengalaman saya masuk ke ratusan sekolah di Malaysia, SMKDPT adalah antara sekolah harian terbaik yang pernah saya masuk! buat semua guru, pelajar dan seluruh warga SMKDPT, keep it up!

Akhirnya, jutaan terima kasih buat kaunselor Puan Mahani!

MAGNET DIRI DI RESENSI TV1

Saturday, April 10th, 2010

Magnet Diri @ Resensi

Buku Magnet Diri tulisan Amin Idris muncul dalam Rancangan Resensi TV1 pada 11 Mac 2010 secara langsung. Terima kasih buat Penerbit Selamat Pagi Malaysia hari Khamis; Kak Jah dan Pengacara Resensi, Tuan Ramli.

JOM KE ACARA TAHUNAN PALING MERIAH DAN BERBALOI-BALOI!!!

Tuesday, March 16th, 2010

Pelaburan yang paling menguntungkan dan tidak pernah rugi ialah membeli buku. Budayakan amalan membaca. Didik diri, ahli keluarga dan orang di keliling kita dengan rasa ‘gilakan’ buku. Jom ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur!


Jumpa kami di sana!

Jangan lupa singgah di gerai PTS di C11 hingga C25. Hasil karya terbaru Amin Idris iaitu MAGNET DIRI; CIPTA PENGARUH LUAR BIASA DAN BERJAYA juga terdapat di sana dengan harga diskaun!

Jumpa di sana!

MAGNET DIRI LIVE DI TV1 ESOK

Wednesday, March 3rd, 2010

Esok saya akan ke udara secara langsung untuk mengupas buku MAGNET DIRI; CIPTA PENGARUH LUARBIASA & BERJAYA.

Hari: Khamis
Tarikh: 4 Mac 2010
Masa: 8.10 pagi
Rancangan: Bicara Buku, Selamat Pagi Malaysia