Jul
1
Posted by:
Amin Idris Category:
Pengumuman Comments
0

- No sacrifice, no victory (Yeah I know, this is a repetition form the first Transformers). but check it out, there’s another positive message through the sequel…
- Whatever you believe determines your action. So becareful on what you’re believing at.
Kepercayaan adalah pusat tindakan manusia. Bila kita mempercayai sesuatu, maka kepercayaan itu akan mendorong anggota badan manusia untuk bertindak sepertimana yang yang dipercayakan.
Lakukan sekarang…
- Percaya pada potensi anda
- Percaya pada diri anda
- Percaya pada matlamat anda
Hasilnya…
- Kepercayaan membuahkan harapan
- Harapan membuahkan tindakan
- Tindakan membuahkan HASIL
Jun
28
Posted by:
Amin Idris Category:
Motivasi,
Program Comments
2


Mengadakan program untuk pelajar-pelajar Sek. Seri Puteri adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Mereka memang mempunyai kualiti insan bergelar puteri; bijak, cantik, baik hati, menghormati orang lain… itulah kualiti warga Seri Puteri yang kami sendiri saksikan selama 3 tahun mengadakan program untuk pelajar di sekolah tersebut.


Kali ini untuk fasa ke-4 kami bersama Eldaterra. Program di adakan di Kelab Komuniti Cyber Jaya. Program ini penuh warna-warni dan kenangan manis.

Mengikut maklumat yang saya perolehi, Eldaterra adalah batch form 3 yang sangat berpotensi. semasa mereka di tingkatan 2, keputusan peperikasaan mereka adalah yang terbaik SBP Malaysia.



Tahun ini adalah tahun mereka menduduki PMR. Sebelum ini Orions mencatat sejarah keputusan hebat dalam sejarah SSP Cyberjaya, Hermanas dengan gaya kejayaan mereka tersendiri… dan saya yakin serta percaya bahawa Eldaterra adalah generasi lagenda dalam pembikinan.

Apa pun, selain kejayaan akademik, sentiasalah pelihara hubungan dengan Allah dan juga hubungan sesama manusia. Ingat pesan Abg Razak;
Carilah helah untuk bersahabat, Jangan cari alasan untuk bermusuh
Majlis penutup disempurnakan oleh Perunding Utama RK Training; Fadzli Yusof yang menyampaikan pengisian yang sangat bermakna dan penuh informasi praktikal.

Salah satu aktiviti di program RK menunjukkan seorang pelajar SSP yang sanggup berkorban demi sahabat-sahabatnya. Ibarat kata Optimus Prime; No Sacrifice, No Victory.
Dari kiri: Perunding RK Training; A. Razak dan Amin Idris. Fasi RK; Zukhairi dan Hariri
Good luck girls! Enjoy!!!
Untuk dedikasi, klik di sini
Jun
24
Posted by:
Amin Idris Category:
Pengumuman Comments
3

Seorang ahli falsafah hebat dalam sejarah dunia iaitu Socrates pernah muncul dengan satu teori yang dinamakan
CARA MUDAH MENCIPTA MUSUH
Bagaimana caranya? Caranya sangat mudah. Menurut Socrates, cara mudah mencipta musuh ialaH;
Dalam apa jua keadaan sekalipun, dengan sedaya upaya… buktikan apa jua yang orang lain kata atau lakukan sebagai SALAH!!!
Dengan bertindak sedemikian, saudara sudah memulakan langkah pertama untuk mencipta musuh, jauh sekali membina hubungan persahabatan.
Kalau berani, cubalah
Jun
20
Posted by:
Amin Idris Category:
Pengumuman Comments
0

Memories of 1982… After my dad was called to the Bar as a lawyer at Malaya High Court.
To my inspiriation,
To my idol,
To my mentor,
Happy Fathers’ Day daddy…
Jun
20
Posted by:
Amin Idris Category:
Pengumuman Comments
4

Tuan rumah, SMK Dato’ Penggawa Timur

SMK Bandar Sri Alam

SMK Sri Alam 2
Hanya sempat upload gambar kenangan yang sangat best di SMK Dato’ Penggawa Timur, Johor. Belum sempat menulis entri kerana sedikit keletihan selepas sehari berprogram.
Apa pun, nantikannya esok!
Jun
18
Posted by:
Amin Idris Category:
Pengumuman Comments
3
Di bawah adalah draft buku Magner Diri; Transformasi Diri lebih Menarik dan Berjaya. Ia belum lagi diperingkat akhir atau finalize.
Justeru saya pohon komen tuan-tuan dan puan-puan agar dapat jadi lebih baik.

Jun
18
Posted by:
Amin Idris Category:
Pengumuman Comments
0
Mengapa perlu melabel pelajar-pelajar yang dikatakan ‘nakal’ dengan label negatif seperti pelajar hardcore, pelajar high risk, pelajar bermasalah dan macam-macam lagi tanggapan negatif?

Sedarkah bahawa label sebegitu mencipta konsep diri para pelajar? Semakin kerap dan banyak tanggapan negatif diberikan kepada pelajar-pelejar sebegitu, semakin kukuh ia menjadi konsep diri pelajar. Akhirnya, yang negatif menjadi semakin serius dan kritikal.

Justeru semalam ketika bersama pelajar-pelajar yang dikatakan ‘high risk’ ini, sepanjang separuh hari bersama hampir 60 orang pelajar ini, mesej saya sangat konsisten iaitu;
Buktikan segala dakwaan mereka tentang ‘anda’ (pelajar hardcore, pelajar high risk, pelajar bermasalah dan macam-macam lagi tanggapan negatif) sebagai SALAH dan TIDAK TEPAT langsung!!!
Buktikan pada mereka bahawa anda sebenarnya mempunyai hati dan jiwa yang suci serta bersih.
Good luck guys!!!



Jun
17
Posted by:
Amin Idris Category:
Motivasi Comments
0
Ramai orang hendak berjaya. Berjaya dalam akademik, berjaya dalam bisnes, berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Tetapi banyak juga cita-cita yang terkubur kerana tidak bertemu jalan ke arah kejayaan yang diimpikan. Akhirnya, cita-cita hanya tinggal cita-cita, impian hanya tinggal impian.
Antara halangan utama mentaliti bahawa ijazah adalah segalanya, kalau tak pandai dalam pelajaran maka tiada masa depan.
Come on la… Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary setakat SPM sahaja, Lim Goh Tong tak masuk universiti pun, Bill Gates berhenti belajar di universiti!
‘The Pursuit of Happyness’ lakonan hebat Will Smith (mungkin agak boring bagi sesetengah orang kerana tiada aksi stunt dsb), mempersembahkan satu mesej inspirasi untuk terus mengejar cita-cita dan impian. Inspirasi untuk mem’pekak’kan telinga demi mencapai cita-cita.
Antara langkah kejayaan yang disebutkan dalam filem tersebut ialah untuk berjaya, kita mesti;
1. Good at numbers
2. Good to other people
‘Good at numbers’ pada fahaman saya bererti bijak merancang kewangan, tahu berbelanja bila perlu, komited menyimpan duit, bijak merancang untuk buat duit, dan bersedia memberi untuk menerima.
‘Good to other people’ pula adalah prinsip fitrah hidup. Jika kita mahu dihormati, kita mesti terlebih dahulu menghormati orang. Jika kita mahu dikasihi, maka kita mesti bersedia mengasihi orang lain. Dan jika kita inginkan kebaikan dari orang lain, maka kita mesti bersedia memberi kebaikan pada orang lain.
Komited dalam 2 perkara di atas membantu kita mencapai impian.
Hey… Don’t ever let somebody tell you that you can’t do something. Not even me. You got a dream you’ve got to protect it. People can’t do something themselves they wanna tell you that you can’t do it. You want something go get it. Period… (The Pursuit of Happyness)
Jun
15
Posted by:
Amin Idris Category:
Skill-komunikasi Comments
0

Magnet Diri adalah berpaksikan pada 3 asas iaitu ANALOGI, ENERGI dan SINERGI.
- Analogi ialah menerangkan tentang anjakan paradigm, perkara asas, prinsip dan falsafah.
- Energi menjelaskan persoalan penerimaan diri dan bagaimana untuk mengoptimakan prestasi serta potensi diri
- Sinergi iaitu bagaimana teknik menjadikan diri lebih menarik sekaligus membuatkan orang lain rasa tertarik bila bersua dengan sesiapa sahaja.
Jun
9
1. Semua orang adalah kawan. Tiada musuh, walaupun musuh sekalipun.
Seringkali kita terperangkap dengan prinsip bahawa untuk menang, kita mesti mengalahkan orang lain. Untuk hebat, kita mesti menjadikan orang lain kurang hebat. Untuk berjaya, perlu lebih dahulu menyekat orang lain untuk berjaya lantas kegagalan orang lain menjadikan kita berjaya, untuk jadi pengaruh maka perlu terlebih dahulu jadikan orang lain kurang berpengaruh dan mudah dimanipulasi. Sikap sebegini hanya akan menghasilkan permusuhan dan seteru. Pengaruh sebegini tidak kekal lama. Pengaruh yang berdasarkan kepada Magnet Diri ialah untuk menang, kita mesti pastikan orang di keliling kita juga menang, untuk berjaya kita mesti bantu orang untuk berjaya.
Untuk jadi berpengaruh, Magnet Diri memastikan orang lain juga berpengaruh
2. Setiap orang adalah unik, maka saya perlu menerokai dan berusaha untuk menghargainya.
Rentetan daripada itu, Magnet Diri tidak membenarkan seseorang memandang rendah atau memperlekeh sesama manusia. Individu Magnet Diri sangat menghargai setiap perbezaan manusia. Perbezaan tidak dilihat sebagai masalah atau punca kelemahan. Sebalik perbezaan dilihat sebagai kekuatan yang boleh dibentuk dan menghasilkan momentum yang luar biasa dalam kehidupan. Perbezaan itu adalah keunikan yang mesti diberikan keutamaan, focus dan dihargai dengan segala cara di setiap masa, di mana sahaja..
3. Setiap orang suka diterima, diiktiraf, dan dirasai kewujudannya.
Tidak ada siapa pun di dunia ini yang suka hidup terpinggir. Manusia dicipta untuk saling memerlukan dan saling lengkap melengkapi. Manusia saling bergantung sesama sendiri untuk menjadikan hidup lebih bermakna. Sudah pasti manusia amat kecewa dan hampa jika kewujudannya dipinggirkan dan dipulau oleh masyarakat. Magnet Diri sangat menekankan agar manusia menghargai sesama manusia dengan bukti iaitu membuat mereka rasa diterima, diiktiraf dan dirasai kewujudan manusia yang lain.
